Ads

“Bila Lagu Kita Sedap, Ada Saja Orang Nak Bercakap,” – Ojen Aiwah ‘All Out’ & Sanggup Belanja Besar Untuk Lagu Raya, Gembira MV Raih Views Tinggi

Usahawan dan pempengaruh, Ojen Aiwah, percaya lagu raya terbaharunya yang berjudul Raya 20 Simpang mampu mencetuskan impak tersendiri meskipun mendapat reaksi pelbagai warganet di media sosial.

Menurut Ojen, atau nama sebenarnya Mohd Ruzain Ahza Mohd Rosli, kejayaan muzik video lagu itu meraih lebih 100,000 tontonan dalam masa enam hari di YouTube membuktikan karya tersebut berjaya menambat hati pendengar.

“Bila Lagu Kita Sedap, Ada Saja Orang Nak Bercakap,” – Ojen Aiwah ‘All Out’ & Sanggup Belanja Besar Untuk Lagu Raya, Gembira MV Raih Views Tinggi

“Tahun lepas pun saya ada keluarkan lagu raya. Ini merupakan tahun kedua. 2025 judulnya Aiwah Raya dan tahun ini pula Raya 20 Simpang.

“Pada awalnya, memang ramai yang tak boleh hadam lagu ini. Itu antara maklum balas terawal yang kami terima.

““Ada yang kata lagu itu tak sedap dan minta fokus buat kunafa sahaja. Pada saya, bila lagu kita sedap, ada sahaja orang nak bercakap. Bila lagu kita trending, itu bermakna lagu kita sedap.

“Tahun ini, bukan sahaja lagu Datuk Seri Aliff Syukri, lagu Raya 20 Simpang juga akan menggegarkan Malaysia,” katanya kepada MH.

Pemilik jenama Kunafa Aiwah itu berkata demikian ketika ditemui di sesi taklimat Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur pada Sabtu.

Ads

Pada majlis sama, Kunafa Aiwah turut diumumkan sebagai penaja utama festival tersebut.

Berbelanja Besar Untuk Karya Terbaik

Dalam masa sama, Ojen memaklumkan dirinya sanggup berbelanja besar untuk menghasilkan lagu dan muzik video terbaik.

Malah, dia sanggup membawa masuk bintang-bintang dari Indonesia untuk membuat kemunculan istimewa dalam muzik video itu.

“Bila Lagu Kita Sedap, Ada Saja Orang Nak Bercakap,” – Ojen Aiwah ‘All Out’ & Sanggup Belanja Besar Untuk Lagu Raya, Gembira MV Raih Views Tinggi “Bila Lagu Kita Sedap, Ada Saja Orang Nak Bercakap,” – Ojen Aiwah ‘All Out’ & Sanggup Belanja Besar Untuk Lagu Raya, Gembira MV Raih Views Tinggi

“Janganlah tak sokong lagu saya. Kalau anda lihat betul-betul, lagu ini ada muzik video yang cantik, lirik dan suara pun sedap. Saya tak nampak cacat celanya di mana.

Ads

“Antara sebab saya minta anda sokong lagu ini kerana kami bukan buat cincai boncai. Kami berikan usaha dan komitmen penuh untuk projek lagu raya ini.

“Dalam muzik video, kita bukan tampilkan orang Malaysia sahaja tapi kita turut babitkan bintang daripada Indonesia. Saya harap lagu ini dapat menyatukan lagi hubungan diantara dua negara.

“Jadi, kos persiapan lagu ini memang sangat besar. Saya harap lagu ini dapat menghiburkan hari raya anda,” ujarnya lagi.

Buat Keputusan Berani

Mengulas mengenai keputusannya menjadi penaja utama Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya 2026, Ojen akui teruja kerana berpeluang bekerjasama dengan festival yang memiliki nama dan reputasi besar.

Ads

“Bila Lagu Kita Sedap, Ada Saja Orang Nak Bercakap,” – Ojen Aiwah ‘All Out’ & Sanggup Belanja Besar Untuk Lagu Raya, Gembira MV Raih Views Tinggi

“Ini merupakan satu keputusan yang besar buat Kunafa Aiwah untuk menjadi penaja utama program Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya.

“Antara sebab kami setuju untuk menjadi penaja utama adalah kerana kami percaya dengan jenama tersebut.

“Kami bukan mudah-mudah sahaja nak menaja mana-mana program. Setiap tahun, kami lihat Absolut Bazaar tak pernah gagal buat program, tarik pengunjung dan jadi acara paling meriah.

“Terima kasih kerana setuju memilih kami sebagai penaja utama. Dengan kolaborasi ini, anda juga akan lebih mudah untuk mendapatkan akses kepada produk kami juga,” akhirinya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

Kredit Foto: Instagram Ojen Aiwah

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Saya Pernah Jadi Bintang Popular 2018, Berada Di Puncak,” – Kerjaya...

Penyanyi, Wany Hasrita, menyimpan hasrat besar agar single terbaharunya, Lembayung Tari, mampu mengembalikan kegemilangan yang pernah dikecapinya pada awal kemunculan dalam industri seni.
error: Hello. Cannot.