Categories: Uncategorized

“Bila Hubsbaby Tak Kenal Wifey,” – Netizen Terhibur Dengan Fattah Amin

Share

Pelakon, Fattah Amin muat naik video babak di dalam drama Isteri Untuk Disewa di laman Instagramnya semalam.

Lucunya apabila dalam babak tersebut, kedengaran nama isterinya, Nur Fazura disebut.

“Bila Hubsbaby tak kenal wifey. Bila Noah Ryzal tak kenal siapa @missfazura?,” tulisnya di kapsyen.

Alahai, berani betul ya Fattah buat-buat tak kenal isteri sendiri? Namun, ramai juga yang terhibur dengan jenaka Fattah itu.

Malah, ada juga yang menyatakan rasa tidak sabar mereka untuk menonton drama tersebut.

Drama tersebut turut dibintangi oleh Tiz Zaqyah dijangka akan menemui penonton November depan.

Foto:Instagram: Fattah Amin

IKLAN