Uncategorized

“Bila Buat Movie Bodoh Kena Kutuk Kaw Kaw, Bila…,” – Datin Seri Umie Aida Luah Kecewa

Share

Pelakon, Datin Seri Umie Aida ada meluahkan rasa kecewanya terhadap senario filem malaysia masa kini.

Dia mengutarakan pandangan sedemikian menerusi laman Twitternya.

“Bila buat movie bodoh.. kena kutuk kaw kaw.. bila buat cerita bagus takde sambutan ! Hmmm.. sedih. Hidup malaysia!!,” tulisnya.

Susulan itu, di ruangan komen kelihatan ada netizen yang bersetuju dengan luahan Umie.

Sebelum ini, Umie sering memuat naik ‘tweet’ mengenai filem-filem yang dirasakannya bagus dan perlu mendapat perhatian orang ramai.

Dia juga ada memuat naik ‘tweet’ berkaitan ‘kemerdekaan’ seperti filem One Two Jaga dan Paskal.

Pada MH, sebagai seorang pelakon senior dalam industri tentunya Umie dahagakan sebuah nashkah yang bagus untuk ditonton. Bagaimanapun, kalau bukan itu pilihan rakyat Malaysia nak buat macam mana kan?

Apa-apapun, MH tak nafikan bahawa ada juga nashkah yang bagus. Tinggal lagi, ia mungkin perlukan lebih promosi.

Foto/Instagram: Umie Aida

IKLAN