Perbualan yang cukup menarik dipaparkan Datuk Seri Aliff Syukri menerusi Instagram apabila dia cuba meminta izin daripada isteri, Datin Seri Shahida untuk membeli sehelai baju berjenama mewah berharga RM200,000.
Lebih menarik apabila mendengar reaksi bersahaja wanita ini yang mendengar jumlah besar yang harus dikeluarkan untuk sehelai baju.
“Beli atau tak beli.. cuba kalau abg jadi isteri awak.. kasi tak abg beli?? ini adalah prank wife sy okeh @aliffarhan_jr nak tengok full bedio ni?? esok tau di astro ria.
“Korang jangan lupa layan Trek Selebriti terbaru lebih best bersama DS @aliffsyukriterlajaklaris dan hos @aliffarhan_jr SABTU INI| 9.30 PM | ASTRO RIA
Ads
#trekselebriti only at @chase_by_apdcrew
p/s: Lepas ditayangkan di tv, kalau nak tengok sambungannya, jangan lupa subscribe ke channel TV TERLAJAK LARIS,” tulisnya.
Pengacara, Ahmad Fedtri Yahya kini boleh menarik nafas lega apabila anak keduanya, Ahmad Wildan Arjuna selamat menjalani pembedahan pembuangan gigi rosak sebentar tadi.
Kongsinya, kanak-kanak berusia lima tahun itu mudah mengalami gusi berdarah dan bengkak.
Difahamkan, sebanyak lapan batang gigi Arjuna terpaksa dibuang akibat terlalu hitam yang boleh mengakibatkan jangkitan.
Ibu kepada usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri, Rozita Ibrahim tidak malu untuk mengakui bahawa dia yang melamar suaminya, yang dipanggil Abang Haji lebih 16 tahun lalu.
Malah kata usahawan berusia 55 tahun ini seperti yang dipetik menerusi YouTube Mingguan Wanita, hal tersebut tidak pernah didedahkan di mana-mana media.
Dalam pada berkongsi mengenai kecantikan wanita secara luaran dan dalaman, usahawan yang sinonim dipanggil Bonda Rozita ini turut menyelitkan kisahnya saat mendirikan rumah tangganya.
“Dah hampir 16 tahun kahwin dan prinsip hidup Abang Haji sangat kuat. Syukur sebab suami saya jaga solat, bukan kaki perempuan dan tak harapkan duit saya. Saya tak nak harta kamu katanya.
“Dulu saya ada MySpace, menantu yang buatkan ketika itu saya baru sahaja bercerai. Kemudian, saya menyamar sebagai ‘Anggun KL’ kononnya. Biasanya kalau orang kenal saya ketika itu yang baru cerai, ramai nak jumpa.
“Tapi dia tak nak jumpa saya. Bila begitu lagi saya nak jumpa dan ketika itulah saya cuba ujinya. Cuma pada ketika itu dia tak tahu saya siapa, tapi tahu saya berduit,” katanya.
Pun begitu sekian lama berkenalan, suaminya pada ketika itu tidak pernah menyatakan rasa sayang dan kasih terhadap dirinya.
“Bila sudah lama kenal, dia tidak pernah cakap sukakan saya. Setiap kali jumpa, saya akan pasangankan Surah Yasin, dia boleh hafal.
“Kemudian, saya cuba untuk pegang tangannya. Dia tanya kepada nak pegang tangan. Kalau ada benda yang halal kenapa nak buat benda yang haram,” kongsi Bonda Rozita.
“Saya yang pinang dialah. Ini pertama yang saya ceritakan. Saya pinang dia dan tanya dia adalah awak serius untuk berkawan dengan saya tapi dia selalu lari dari topik.
“Kemudian saya nakkan keputusan selepas tiga hari dia SMS saya, tulis I Love You. Ketika itu usia saya 38 tahun,” terang ibu kepada lapan cahaya mata ini panjang lebar.
Rozita kini bersama suami dan menantunya, Datin Seri Norshahida berada di tanah suci bagi menunaikan ibadah haji.
Foto: Instagram/YouTube Mingguan Wanita
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Baru sahaja memperkenalkan Lofa Brand, Neelofa mengumumkan pula mengenai projek kerjasama bersama pembangun aplikasi digital Islamik global, Muslim Pro menerusi Makna By Lofa.
Semurni namanya, Makna By Lofa merupakan sebuah laman khas dalam aplikasi Muslim Pro yang menampilkan suara figura asal Kelantan itu sebagai medium bacaan maksud bahasa Melayu bagi ayat-ayat al-Quran.
“Sebelum ini, semasa membaca al-Quran, saya akan membuka buku yang berlainan untuk mencari maksud ayat. Namun, kebanyakan buku yang saya ada ditulis dalam bahasa Inggeris.
“Jadi, inisiatif untuk mewujudkan Makna By Lofa menerusi aplikasi Muslim Pro adalah disebabkan kekurangan maksud ayat-ayat al-Quran yang ditulis dalam bahasa Melayu,” katanya.
Sebagai permulaan, Makna By Lofa akan menerbitkan audio berbentuk suara Neelofa yang membacakan maksud ayat-ayat al-Quran dalam Juzuk 30 atau Juzuk Ammar.
“Bacaan maksud surah-surah Juzuk Ammar merupakan fasa pertama Makna By Lofa.
“Insya-Allah, selepas ini, kita akan hadir dengan fasa kedua dan ketiga iaitu bacaan maksud surah-surah terpilih serta bacaan seluruh ayat al-Quran,” kongsi Lofa lagi.
Usahawan dan hos MeleTOP ini turut menambah, dia sangat gembira kerana perjalanan menggerakkan Makna By Lofa dari awal hingga setakat ini dipermudahkan.
“Mewujudkan laman khas ini tidak mengambil masa yang lama, sekitar sebulan selepas idea dicetuskan.
“Saya berasa bersyukur kerana segala perjalanan dipermudahkan,” katanya.
Sekali gus, Neelofa berharap agar Makna By Lofa dapat memberi manfaat khususnya kepada mereka yang ingin belajar tentang maksud pada setiap ayat al-Quran.
“Semoga apa yang Lofa kerjakan bersama Muslim Pro ini dapat dimanfaatkan semua, insya-Allah,” ujarnya.
Pengguna boleh mencari laman khas Makna By Lofa dengan mudah menerusi gambar Neelofa yang digunakan sebagai ikon.
Laman khas tersebut tidak hanya untuk pengguna di Malaysia, tetapi boleh diakses oleh semua 74 juta pengguna aplikasi Muslim Pro dari seluruh dunia.
Dalam pada itu, Pengurus Muslim Pro Malaysia, Nik Emir Din berkata, bintang berkenaan merupakan selebriti terawal yang meminjamkam suaranya bagi bacaan maksud dalam ayat suci al-Quran.
“Neelofa merupakan individu pertama yang meminjamkan suara bagi bacaan maksud ayat-ayat al-Quran dalam bahasa Melayu.
“Justeru, pengenalan Makna By Lofa juga dapat membantu pengguna Muslim Pro sedia ada atau yang baharu untuk memahami al-Quran dengan lebih mendalam.
“Sebenarnya, kami telah lama merancang untuk berkolaborasi dengan Neelofa. Jadi, apabila peluang ini muncul, kami berasa sangat teruja. Selain itu, Neelofa juga memberi komitmen yang sangat baik walaupun sibuk,” jelas Emir.
Aplikasi Muslim Pro dan Makna By Lofa boleh dimuat turun daripada iTunes dan Google Play Store.
Dalam perkembangan lain, Neelofa kini sedang berada di tanah suci bagi mengerjakan haji. Turut sama dalam rombongan berkenaan ialah ibu dan dua adik lelakinya.
Foto: Terima kasih Neelofa
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Aktres Maya Karin tampil mempertahankan rekaan kostum-kostum duyung yang digunakan dalam filem terbaharu Duyung: Legenda Aurora, susulan kritikan segelintir pihak selepas video trailer filem tersebut tular di platform media sosial.