Ads

Bila Bersama, Lagi Jadi… Dari Harapan ke Rekod 16,000 Bekas Bubur Lambuk, Inspirasi Bermakna Di Sebalik Kejayaan Luar Biasa!

Setiap kali Ramadan tiba, kita pastinya akan sentiasa meletakkan harapan untuk melakukan yang terbaik, pelbagai perkara.

Tahun ini, portal makanan nombor satu di Malaysia, Rasa misalnya bersama Nu Ideaktiv, berusaha untuk mengatasi pencapaian mereka sebelum ini dan ia hanya dapat dicapai melalui kerjasama semua pihak.

“Pot of Hope” atau Harapan Dalam Rasa menjadi simbol kepada harapan setiap individu dalam Nu Ideaktiv untuk terus memperbaiki diri dan memberikan yang terbaik.

Apabila semua harapan ini digabungkan, ia membentuk satu kekuatan besar yang menggerakkan pasukan ke arah kejayaan.

Bila Bersama, Lagi Jadi… Dari Harapan ke Rekod 16,000 Bekas Bubur Lambuk, Inspirasi Bermakna Di Sebalik Kejayaan Luar Biasa! Bila Bersama, Lagi Jadi… Dari Harapan ke Rekod 16,000 Bekas Bubur Lambuk, Inspirasi Bermakna Di Sebalik Kejayaan Luar Biasa! Bila Bersama, Lagi Jadi… Dari Harapan ke Rekod 16,000 Bekas Bubur Lambuk, Inspirasi Bermakna Di Sebalik Kejayaan Luar Biasa! Bila Bersama, Lagi Jadi… Dari Harapan ke Rekod 16,000 Bekas Bubur Lambuk, Inspirasi Bermakna Di Sebalik Kejayaan Luar Biasa! Bila Bersama, Lagi Jadi… Dari Harapan ke Rekod 16,000 Bekas Bubur Lambuk, Inspirasi Bermakna Di Sebalik Kejayaan Luar Biasa!

Ads

Kebersamaan Mencipta Kejayaan

Melalui semangat kebersamaan dan kerjasama, Nu Ideaktiv dan Rasa berjaya mencapai pengagihan bubur lambuk terbanyak sebanyak 16,000 pek, sekali gus mencipta rekod dalam Malaysian Book of Records!

Kisah ini membuktikan bahawa sesuatu yang biasa mampu menjadi luar biasa apabila dilakukan secara bersama.

Momen istimewa ini diabadikan menerusi iklan raya yang cukup besar maknanya.

Ads

Ia membawa mesej yang jelas iaitu apabila kita bersatu dan bekerjasama, kita mampu mencapai sesuatu yang lebih besar, lebih bermakna, dan penuh harapan kerana “bila bersama, lagi jadi.”

Terdahulu pada 14 Mac lalu, Nu Ideaktiv Sdn Bhd secara rasmi dinobatkan sebagai pemegang Malaysia Book of Records (MBOR) bagi kategori “Pengagihan Bubur Lambuk Terbanyak oleh Anggota Beruniform.”

Pengiktirafan berprestij ini dicapai menerusi penganjuran RASA Bubur Lambuk Rewang Abang Bomba 2026, sebuah inisiatif komuniti berskala besar yang menyaksikan penyediaan serta pengagihan 16,000 mangkuk bubur lambuk kepada masyarakat sekitar Kuala Lumpur.

Ads

Sijil rasmi Malaysia Book of Records tersebut disampaikan dalam satu majlis khas di Dataran Merdeka kepada Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv, Encik Syamil Fahim Mohamed Fahim, bersama Editor Pengurusan RASA, Puan Emma Masri, yang mewakili pasukan di sebalik kejayaan bersejarah ini.

Pencapaian ini bukan sahaja mengiktiraf skala program yang luar biasa, malah menjadi bukti bagaimana sebuah jenama gaya hidup tempatan mampu mengangkat tradisi kulinari rakyat Malaysia menjadi sebuah pencapaian nasional yang membanggakan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Tiada Suasana Riuh Bila Nak Bergambar,” – Dr. Afifah Sambut Syawal...

Bekas isteri kepada Nubhan Ahamad iaitu Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek enggan terlalu mengikutkan perasaan sedih apabila buat pertama kalinya dia tidak menyambut hari raya pertama bersama anak-anak.
error: Hello. Cannot.