Categories: Uncategorized

Bila Bekas Ratu Erra Fazira Pakai Bengkung Kontroversi, Buat Sajat Terharu

Share

Produk bengkung yang dijual pengasas kosmetik, Sajat pernah dikecam hebat netizen kerana mereka beranggapan Sajat hanya menjadi duta produk tersebut sahaja dan tidak menggunakannya.

Sebaliknya, ada yang anggap usahawan berkenaan hanya melakukan pembedahan untuk kelihatan ramping, bak susuk tubuh model. 

Namun apa yang menggembirakan Sajat ialah apabila Erra Fazira turut menggunakan produk berkenaan. 

Bekas ratu Malaysia yang kini gah sebagai pelakon dan penyanyi itu ada memuat naik video tersebut menerusi Insta Stories dan mendapat perhatian Sajat sendiri. 

Malah, Sajat turut memuat naik sekeping gambar beserta kapsyen terharu. 

“Tq Kak Era pakai Lets Bekung Nur Sajat. Terharu sangat bila Kak Era juga pakai bekung Nur Sajat. Tq sangat2!!!!,” tulisnya. 

Rata- rata netizen memberi komen pelbagai menerusi ruangan komen.

Biasalah, adat berniaga ada yang suka ada juga sebaliknya. Hak masing-masing sebagai penggunakan? 

Foto : Instagram Nur Sajat

IKLAN