Uncategorized

‘Bila Awal Di’Thor’lak Tepi’- Lucu Tengok Awal Ashaari Cemburu Dengan Chris Hemsworth

Share

Alahai, suami mana tak marah bila isteri seronok bergambar dengan lelaki lain kan?

Tapi, macam mana pula kalau lelaki tersebut adalah ‘God Of Thunder’, Thor? MH sendiri pun akan ter’over’ excited!

Mungkin itulah perasaan yang dialami pelakon, Scha Al-Yahya apabila dapat bergambar dengan Chris Hemsworth yang melakonkan watak itu.

Apa yang menarik perhatian MH apabila suami Scha, Awal Ashaari yang memuat naik foto tersebut berserta beberapa pesanan kepada isterinya.

“@laraalana ambil bantal mummy, letak kat sofa bawah,” tulisnya.

Alahai, selalunya suami yang kena tidur luar, ini dah terbalik pula.

Ternyata, perkongsian Awal mendapat banyak respon daripada peminat.

Kebanyakkannya terhibur dan meminta agar Awal banyak bersabar.

Apa-apapun, MH pasti Awal hanya ingin bergurau dengan netizen sahaja. All is well.

Sumber: IG Awal

IKLAN