Pelakon dan penyanyi, Datuk Awie berharap orang ramai tidak memukul rata dan memberikan persepsi negatif terhadap mereka yang aktif berpesatuan hanya kerana ada segelintir pihak yang lari daripada matlamat asal.
Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman berkata, mereka yang aktif berpesatuan atau terlibat dengan kumpulan baiah ini sebenarnya mempunyai matlamat yang baik berlandaskan Al-Quran dan sunnah.
Lantas, Awie memutuskan menyelitkan sedikit elemen berpesatuan itu di dalam filem terbaharu arahannya yang berjudul Rebel: Berontak Untuk Berotak.
“Bila menonton filem ini, mungkin orang di luar sana akan terdetik apa hala tuju sebenar mereka yang berpesatuan ini.
“Kita tidak mahu bila bercakap fasal ahli bai’ah semuanya akan bersangkut paut dengan kongsi gelap. Tidak sama sekali.
“Kita sebenarnya mengikut sunnah Rasulullah dan menjunjung Al-Quran. Itulah perjalanan asalnya.
“Namun, bila ada segelintir pihak yang membuat ‘tahi’, merekalah sebenarnya yang merosakkan perjalanan berpesatuan ini. Kalau ikutkan, berpersatuan ini sangat bagus satu ketika dahulu. Mungkin sekarang ini sahaja banyak bezanya,” katanya kepada MH.
Ads
Awie berkata sedemikian ketika ditemui di majlis tayangan perdana filem Rebel: Berontak Untuk Berotak, Jumaat lalu.
Pada masa sama, Awie turut memaklumkan dirinya mendapat inspirasi dan tahu mengenai selok belok berpesatuan ini hasil daripada bercampur dengan banyak pihak sejak muda.
“Saya bercampur dengan semua golongan masyarakat tidak kira sama ada yang di atas atau bawah. Saya tahu mengenai gerakan itu,” kongsinya lagi.
Jelas vokalis kumpulan Wings ini lagi, matlamat mereka yang terlibat dengan aktiviti persatuan sebenarnya jauh lebih murni daripada segelintir gerakan politik yang hanya mahu memecah belahkan masyarakat.
Ads
“Berpesatuan ini bukan sesuatu perkara yang baharu. Ahli-ahlinya mungkin ada di sekeliling kita. Cuma kita tidak mahu ambil tahu.
“Kalau kita cari tahu sedikit, mungkin kita akan tahu berpesatuan ini sebenarnya lebih bagus daripada parti-parti politik yang lain.
“Mereka ini lebih mementingkan soal kekeluargaan. Kita tidak sepatutnya menjatuhkan antara satu sama lain. Perjalanan mereka ini jauh lebih murni,” ujarnya lagi.
Ads
Lantaran itu, Awie berharap orang ramai tidak terlalu cepat menghukum sebaliknya menilai dahulu mesej yang ingin disampaikan di dalam filem ini selepas menontonnya.
“Tontonlah dahulu apa yang dinaraturkan dan dipersembahlan di dalam filem ini. Kalau mereka tidak menonton dan hanya mengkritik daripada luar, itu tidak adil.
“Tengok dahulu dan betulkan perspektif negatif itu. Kita pun tidak mahu menegakkan benang yang basah tapi kita nak perbaiki apa yang patut. Perkara yang elok itu, kita elokkan lagi,” akhirinya.
Terdahulu, Rebel: Berontak Untuk Berotak merupakan filem aksi yang mengisahkan tentang perseteruan antara dua individu iaitu Luka (Ben Amir) dan Bono (MK K-Clique), meskipun mereka berada dalam sebuah pertubuhan yang sama.
Filem ini bakal mula ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 2 Mei ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon popular Bollywood, Salman Khan telah menerima ugutan apabila dua penunggang motosikal melepaskan beberapa das tembakan di luar pagar rumahnya yang terletak di Bandra’s Galaxy Apartment, Mumbai.
Menurut laporan, tembakan yang dilakukan pada pagi Ahad lalu adalah bermotifkan ugutan. Pihak polis Mumbai mengesahkan bahawa enam tembakan telah dilepaskan.
Satu tembakan telah mengenai dinding perumahan terbabit manakala dua lagi peluru terkena pada balkoni unit yang milik Salman.
Selepas melepaskan tembakan, kedua-dua suspek tersebut telah meninggalkan motosikal mereka di Gereja Mount Mary dan beredar menggunakan beca motor.
Sementara itu, samseng buruan Anmol Bishnoi yang kini menjadi pelarian di luar negara mengaku bertanggung jawab ke atas tembakan itu meerusi satu hantaran di Facebook.
Menyifatkan kejadian itu sebagai “treler”, Bishnoi didakwa menulis bahawa tembakan itu merupakan “amaran pertama dan terakhir” kepada Khan.
Bishnoi ialah adik kepada gangster yang dipenjarakan Lawrence Bishnoi, yang sebelum ini mengugut Salman Khan untuk meminta maaf kerana membunuh haiwan jenis blackbuck atau bersedia untuk menghadapi akibatnya.
Blackbuck, dilindungi di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar di India, dihormati oleh komuniti Bishnoi sebagai penjelmaan semula Guru suci mereka Bhagwan Jambeshwar.
Pada 2018, Khan dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan denda Rs10,000 (RM572) kerana membunuh dua blackbucks di Rajasthan semasa penggambaran untuk filem Bollywood Hum Saath Saath Hain pada 1998.
Pelakon tersebut bagaimanapun dibebaskan dengan ikat jamin hanya dua hari selepas sabitan.
Dalam laporan terkini, salah seorang daripada penembak upahan yang dikenali sebagai Vishal telah pun ditahan oleh pihak berkuasa Mumbai. Vishal yang juga dikenali sebagai Kalu mempunyai sejarah jenayah lampau sejak 2020.
Dia dipercayai merupakan salah seorang ahli kumpulan Lawrence Bishnoi dan terkait juga dengan gangster, Rohit Godara.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Nama pelakon baharu, Muaz Zabir tiba-tiba menjadi perhatian ramai susulan isu hangat membabitkan aktres dan penyanyi, Bella Astillah sejak kelmarin di media sosial.
Bella pada Rabu bagaimanapun telah membuat permohonan maaf secara terbuka atas khilaf seterusnya menjelaskan perkara sebenar mengenai foto mesra serta beberapa tangkap layar yang didakwa perbualan Bella bersama Muaz.
Meninjau ke ruangan komen di media sosial, ada warganet yang memberikan reaksi pelbagai termasuk ‘memuji’ fizikal pelakon berusia 27 itu sebagai lelaki yang kacak.
“Helok 100 kali budak Muaz ni daripada si pencurang tu.”
“Elok si Muaz ni pada Aliff. Hahaha team Bella.”
“Tapi Helok si Muaz ni, ehhh.”
Muaz atau nama sebenarnya, Muaz Mohamad Zabir yang pernah bekerja sebagai jurulatih kecergasan dinobatkan sebagai juara program realiti, Fit For Action kategori lelaki.
Berasal dari Negeri Sembilan, Muaz pernah muncul dalam beberapa iklan komersial produk di televisyen, termasuk membintangi drama Bukan Hanya Sekadar Cinta, Pemburu Rahsia dan Iskandar Chempaka.
Terdahulu menerusi erkongsian seorang pengguna TikTok dikenali @edisiumat, akaun itu memuat naik beberapa tangkap layar didakwa perbualan dan foto mesra Bella bersama Muaz.
Hubungan terbabit didakwa sudah berlangsung sejak Oktober tahun lalu selain mereka kerap berkongsi foto rutin harian dalam mesej yang dihantar.
Bagaimanapun Bella tampil memberikan respon atas dakwaan tersebut dengan menjelaskan apa yang tersebar adalah pada tahun lalu, ketika Aliff berlaku curang dengan dua orang wanita lain yang enggan disebut namanya.
Bella atau Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, juga memaklumkan hubungan yang terjalin di antaranya dengan Muaz pada awalnya adalah untuk membuatkan suaminya iaitu Aliff Aziz rasa cemburu.
Dia mengakui adalah tidak baik berbuat demikian, namun dia juga manusia biasa dan tidak lari daripada melakukan silap.
Malah, keluarga turut mengetahui insiden tersebut dan sudah meletakkan titik nokhtah atas apa yang berlaku.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon terkenal siri Sex and the City, Kim Cattrall, selamat bergelar isteri kepada pasangannya, Russell Thomas, dalam satu majlis perkahwinan serba sederhana yang berlangsung...