Uncategorized

Big Respect! Demi Cinta, Wanita Ini Sanggup Bersanding Sendiri Tanpa Suami!

Share

Aduh tersentuh pula hati MH apabila melihat perkongsian seorang netizen di Twitter tentang hari persandingan seorang isteri kepada seorang anggota bomba yang terpaksa mengorbankan hari paling bahagianya bersama isteri demi berkhidmat untuk negara.

Aduh, bukan main besar betul pengorbanan kedua-dua belah pihak.

Bayangkan, si isteri terpaksa duduk di pelamin, makan beradab dan melayan tetamu seorang diri tanpa suami di sisi.

Melalui sebuah portal tempatan, MH difahamkan suami kepada pengantin perempuan ini secara minit terakhir baru diberitahu cutinya tidak diluluskan dan perlu menghadiri latihan bomba.

Walaubagaimanapun pengantin perempuan kelihatan sangat tenang dan masih mampu kekal tersenyum manis seperti tiada apa yang terjadi.

Dalam pada itu, wanita ini turut memuat naik gambar di Instagram dengan mengusik suaminya

Aduh kasihan sungguh kan, kalau korang berani tak nak buat perkara yang sama? Apapun a big respect MH berikan kepada pasangan ini terutamanya pengantin perempuan.

SUMBER: Oh Bulan

IKLAN