Uncategorized

‘Biarlah Hari Rabu, We Must Save Our Country!’- Dr Halina Ajak Pengikutntya Apply Cuti Awal

Share

Nampaknya ramai juga ya rakyat Malaysia yang keluh-kesah kerana tarikh 9 Mei nanti. termasuklah isteri Angkasawan Negara, Datuk Dr Dr Sheikh Muszaphar Shukor iaitu Datin Dr Halina Mohd Yunos.

Semalam, dia ada memuat naik satu foto di Instagram miliknya sebab memohon cuti pada tarikh 9 Mei kelak.

“Biarlah hari rabu pun, we must save our country y’all. Apply cuti awal okay!” tulisnya di ruangan kapsyen.

Amboi… sebab cuti untuk menyelamatkan negara tau. Nak selamatkan daripada siapa tidak pula dinyatakan.

Namun, MH ‘respect’ pada Dr Halina kerana dia menjalankan tanggungjawabnya sebagai rakyat Malaysia pada PRU14 akan datang nanti.

Dalam pada itu, melalui pemerhatian MH di ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap patriotik itu dan memberikan sokongan kepadanya.

Tapi, ada juga yang terhibur dengan alasan yang diberikan untuk bercuti dan menganggapnya satu sebab yang ‘win’.

Apa-apapun, MH rasa masa kurang sebulan ini, rakyat yang boleh mengundi sudah memikirkan cara untuk menjalankan tanggungjawab korang ya.

Kalau tiada idea nak minta cuti boleh guna alasan Dr Halina ya.

sumber: IG Dr Halina

IKLAN