Baru-baru ini pelakon kacak Idris Khan telah memuat naik sekeping gambar di akaun Instagram miliknya.
Selain berkongsi foto, pelakon yang berusia 30 tahun itu telah memberi nasihat kepada peminatnya mengenai fizikal individu.
“Biar muka kita tak handsome tak cantik yang penting hati baik, ajar hati kita untuk nampak kebaikan orang, bukan nampak yang buruk jer, apa yang kita nampak mencerminkan hati kita.”
“Pilihan di tangan kita, semua orang buat salah, masing-masing ada kekurangan. Kita semua pendosa, yang berhijab yang tak berhijab, yang berkopiah yang bertopi yang berjanggut yang takde bulu. Sama jer.”
“Kenapa pilih yang buruk dari yang indah? Indah fikiran Indah hati Indah dunia Indah nurani. Lihatlah kebaikan, cari lah kebaikan, dapatlah kebaikan.”
Ads
“Sama2 kita menjadi umat yang sentiasa menuju ke arah kebaikan.”tulisnya.
Pelakon Hanis Zalikha mengakui berasa gentar untuk memberi pendedahan teknologi moden, gajet terhadap anaknya sulungnya, Yusuf Iskandar.
Perkara itu dikongsikan Hanis di Instagramnya baru-baru ini.
“Umur berapa nak bagi anak gajet? Entah. Taknak bagi boleh tak. Geram baca Bill Gates and other tech giants dekat Silicon Valley pun bagi anak diorang gajet bila anak diorang cecah 14 tahun ke atas. Padahal diorang yang cipta benda2 camni. Tapi diorang pun beranggapan yang gajet dan easy access to things ni sangat harmful.
“Kita macam mana? Takut anak ketinggalan? Tak up-to-date? We are so clueless kesiannya kita. Takde resepi atau formula yang betul-betul terbukti selamat dalam pada menyediakan anak menghadapi masa depan. Kita nak didik anak mengikut zaman, tapi berada dalam zaman yang menakutkan.
“Ramai tanya what is our stand with Yusuf and gadget. Just like all parents, kita pun tengah navigate our way through it, mula-mula try cara ni, pastu cuba cara tu pulak. Macam-macam. But for now, we only allow channels on TV. So dia takde pilihan nak suruh kita tukar2. Macam kita dulu kena duduk je tengok iklan cokelat Apollo terbang banyak2 kat angkasa
“P/S: Yusuf suka tonton Baby TV (channel 618, Astro), banyak vocabs bagus dia belajar dari situ,” tulis Hanis.
Untuk mendidik dan menjaga anak yang menghidap autism bukanlah suatu perkara yang mudah dan semestinya memberi cabaran dalam kehidupan.
Pelakon senior Zarina Zainuddin ada berkongsi rasa sedih mengenai dugaan hidup yang ditempuhi oleh dirinya dalam mendidik anak-anaknya yang menghidap penyakit austim.
“Assalamualaikum Hari ini balik shooting saya tengok azil dalam bilik air saya hidung penuh darah..dia masih pukul hidungnya lagi..satu bilik air terpercik darah dari hidungnya dia korek2 ..saya cuba redakan amarahnya..”
“Kesian dia tak boleh bercakap.. Sedih saya tengok keadaannya ..Kadang saya gelak2 buat gila2 kerana saya cuba hiburkan hati sendiri..bila sendiri dalam bilik air biasanya saya nanggis sampai mata bengkak2 dah puas nanggis saya keluar bilik air”
“dan saya kata pada diri saya tak boleh sedih kerana anak2 saya tak mahu tengok saya sedih.. Sabarlah hati.. pujuklah diri bawa berlari”tulisnya menerusi Instagram.
Tular sejak beberapa hari lepas luahan seorang lelaki yang mengadu kesukaran menyesuaikan diri selepas berkahwin dengan seorang doktor, Dr Say Shazril turut terpanggil berkongsi menegenai kisahnya pula.
Tulis Dr.Say, walaupun dia dan isteri menjalani housemanship di hospital yang sama, namun itu tidak semudah yang disangka.
Berkahwin dengan pasangan dalam bidang yang sama tidak menjanjikan perjalanan rumah tangga lancar.
“Topik : Aku Kahwin Dengan Doktor Part 1
“Viral plak crite yg sy share kt story sy smlm mengenai keluhan seorang cikgu lelaki berkahwin dgn seorang doktor wanita.
“1st of all, artikel tu sy petik drpd FB SIKB (Suami Isteri, Keluarga Bahagia). Kalau ampa terlepas artikel tu swipe right ja na.
“Pd mase yg sama, sy tny followers sy sekirany ade antara mrk yg pnah experience begini samada scr langsung atau tidak langsung. Pelbagai perkongsian yg sy dpt, ade yg berjaya harungi cabaran ni sampai beranak pinak hinggakan ade yg memilih tuk menamatkannya melalui penceraian.
“Pelbagai juga respons yg sy dpt, ade yg maki hamun kekolotan lelaki tu hinggakan ade yg menyalahkan wanita tu sb mengabaikan tanggungjwbny sbgi seorang isteri.
“Dpt sy buat satu kesimpulan drpd semua input bermanfaat ni tp sebelum sy rungkaikannye, mai nk crita kisah sy & bini skit.
“Syukur Alhamdulillah sy dijodohkan dgn seseorang yg sama profession dgn sy yakni doktor. Nk dimudahkan cerita lg, sy & bini sama2 mula bertugas (housemanship) di hospital yg sama yakni Hospital Serdang. Mesti ampa pikiaq “alaa, for sure lancar jela crite depa, sama2 doktor, sama2 mula bertugas pd waktu yg sama & pulak tu sama2 keje satu hospital”.
“Well peeps sangkaan ampa salah. Kalau nk diingatkan balik, terduduk sy dibuatnye bang sb penuh cabaran, dugaan & rintangan.
“One thing bout kerja sama hospital ni, pihak atasan akan cuba sedaya upaya tuk elakkan laki bini drpd bekerja di jabatan yg sama. Awal2 tu sy xpuas hati, awat nk pisahkan kami, dh alang2 sama hospital bagi jela kami kerja sama jabatan pasti bley berfungsi lebih efisien. Rupa2ny pihak atasan ni dh makan asam garam lagi lama dari sy. Sb apa? Sabaq nnt sy crita.
“Maka 1st posting sy ditempatkn di jabatan sakit puan & bini di jabatan pembedahan. Semua doktor latihan (houseman) yg join jabatan baru, perlu melalui satu period penyesuaian diri dipanggil “tagging” bermula jam 7pagi sehingga 10malam. Durasi pulak minimum seminggu hingga sebulan bergantung kpd prestasi & kecekapan beliau.
“Waktu tagging ni lah segala ketahanan fizikal & mental kami diuji & xhairan mase tagging period ni ramai doktor latihan ni QUIT,” tulisnya.
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...