Ads

“Biar Hidup Susah, Jangan Hilang Adab,” – Mark Adam Nafikan Tuduhan Biadap Di GV12, Suka Bergurau Sejak Kecil

Penyanyi Mark Adam menyangkal dakwaan segelintir pihak yang mendakwa dirinya bersikap biadap kerana sering menjawab dan bergurau ketika juri-juri memberikan komen di program Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12).

Menurut Mark, sejak kecil, dia sudah diajar mengenai adab dan dia juga tahu untuk membezakan hal yang baik dan buruk.

“Biar Hidup Susah, Jangan Hilang Adab,” – Mark Adam Nafikan Tuduhan Biadap Di GV12, Suka Bergurau Sejak Kecil

“Biar Hidup Susah, Jangan Hilang Adab,” – Mark Adam Nafikan Tuduhan Biadap Di GV12, Suka Bergurau Sejak Kecil“Saya tak rasa sikap saya itu biadap atau kurang ajar. Saya tahu beza mana baik dan buruk. Saya sudah diajar tentang adab sejak kecil.

“Saya hanya menjawab dengan sopan. Yang kata saya biadap, pada saya itu benar,” katanya kepada MH.

Bagaimanapun, Mark menjelaskan sikap kelakar dan suka bergurau itu sudah sebati dengan kehidupan keluarganya yang dahulu dihimpit kemiskinan.

“Biar Hidup Susah, Jangan Hilang Adab,” – Mark Adam Nafikan Tuduhan Biadap Di GV12, Suka Bergurau Sejak Kecil “Biar Hidup Susah, Jangan Hilang Adab,” – Mark Adam Nafikan Tuduhan Biadap Di GV12, Suka Bergurau Sejak Kecil

Ads

“Saya bukanlah nak buat kelakar, saya hanya menjawab soalan juri-juri. Di Filipina, saya sekeluarga memang suka suasana ceria, gelak ketawa dan bergurau.

“Sejak kecil, walaupun hidup miskin, itu sudah menjadi tradisi kami. Jadi, bila orang bertanya atau bercakap dengan saya, saya akan ceriakan suasana itu.

“Saya tak nak orang itu terlalu serius. Ketika bertanding, kita sudah serius sewaktu membuat persembahan. Jadi, saya hanya menjawab pertanyaan juri.

“Alhamdulillah penonton di studio terhibur. Sifat suka bergurau ini memang sudah ada dalam diri saya sejak kecil sehingga sekarang,” kongsinya lagi.

Ads

Terharu Sokongan Peminat

Sementara itu, penyanyi lagu Marry Me ini juga teruja melihat sambutan para peminat daripada dalam dan luar negara sewaktu bertanding di GV12 ini.

“Biar Hidup Susah, Jangan Hilang Adab,” – Mark Adam Nafikan Tuduhan Biadap Di GV12, Suka Bergurau Sejak Kecil “Biar Hidup Susah, Jangan Hilang Adab,” – Mark Adam Nafikan Tuduhan Biadap Di GV12, Suka Bergurau Sejak Kecil

“Sebelum ini, saya tak pernah ada kelab peminat. Sekarang, saya sudah ada kelab peminat yang diberi nama The Adam Family. Sokongan mereka sangat luar biasa.

Ads

“Ada yang menyokong saya dari jauh seperti Brunei dan Singapura. Itu yang membuatkan saya lebih bersemangat untuk berkarya.

“Alhamdulillah, pada minggu pertama, saya dapat nombor dua, minggu kedua pula di kedudukan keenam dan minggu ketiga ini, saya kembali di tempat keempat. Syukur ada peningkatan,” akhirinya.

“Biar Hidup Susah, Jangan Hilang Adab,” – Mark Adam Nafikan Tuduhan Biadap Di GV12, Suka Bergurau Sejak Kecil

Terdahulu, sepanjang tiga minggu bertanding di GV12, Mark mencipta sensasi apabila memenangi anugerah undian peminat, Ikon Semangat Nombor 1 untuk dua minggu berturut-turut.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

@mediahiburanofficial Persembahan dari hati Mark Adam, bawa lagu ‘Harus Terpisah’… Tetap ambil keberanian nyanyi atas tangga walau gayat 💁🏻‍♂️ #G#GV2025G#GegarVaganza12V#VaganzersA#AstroOnes#sooka ♬ original sound – Media Hiburan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Dah Tukar Baju & OTW Nak Balik, Ernie Zakri Terimah Lebih...

Dengan undian lebih 120 juta, penyanyi Ernie Zakri dinobatkan sebagai bintang paling popular pada malam kemuncak Anugerqh Bintang Paling Popular ke-37 (ABP37) yang berlangsung di Primiera Hotel, Kuala Lumpur pada Jumaat.
error: Hello. Cannot.