Ibu kepada penyanyi terkenal, Shila Hamzah, Fauziah Sarman akhirnya membuka mulut mengenai kemelut rumah tangganya bersama bekas suaminya yang juga merupakan penyanyi senior, Datuk ND Lala.
Menurut Fauziah, sepanjang lebih tiga dekad melayari bahtera perkahwinan, dia telah berusaha sehabis baik untuk menjadi isteri dan ibu yang terbaik.
“Sebagai seorang wanita yang dinikahi sejak 19 Oktober 1989 ketika usia saya 21 tahun. Saya cuba menjadi isteri terbaik buat suami dan ibu buat empat orang anak Saya.
“Tidak pernah langsung saya terfikir noktah ikatan perkahwinan saya menjadi begini kisahnya.
“Apatah lagi penamat ikatan perkahwinan ini dilakukan dengan cara yang bagi saya tidak kena untuk usia perkahwinan kami yang bukanlah muda malah kami sudah punya dua orang cucu.
Dalam pada itu, Fauziah akui terkilan apabila anak gadis yang sudah dianggap sebagai anak sendiri menjadi orang ketiga yang mengganggu keharmonian rumah tangganya.
“Tidak mudah bagi saya bila dapat tahu seorang perempuan seusia anak sulung saya, malah, lebih tepat menjadi BFF anak saya dari tingkatan satu hingga lima di sekolah yang sama dikatakan sudah berkahwin sampai ke pengetahuan saya.
Ads
“Saya pernah berada di fasa penafian kerana perempuan ini sudah saya anggap seperti anak sendiri.
“Makan minum dan tidur di rumah keluarga kami. Apa sahaja acara kecil atau besar yang kami adakan dimana-mana dia pasti ada,” ujarnya lagi.
Malah, Fauziah turut mendedahkan wanita berkenaan juga dikatakan telah bercakap bohong ketika mereka bersemuka untuk membicarakan mengenai hal ini.
“Saya masih ingat, pada 2019, anak sulung saya (Shila) memberitahu ada orang menyampaikan kepada dia yang Abahnya sudah bernikah dengan perempuan ini tapi saya sendiri di dalam hati masih menafikannya.
Ads
“Beberapa hari selepas dapat tahu, saya bertemu sendiri perempuan ini yang bekerja dengan abah anak-anak saya dan bertanya sendiri.
“Jawapannya, dia tidak akan melakukannya kerana dia menganggap kami suami isteri sebagai ‘orang tuanya’,” ujarnya lagi.
Bagaimanapun, ibu kepada empat cahya mata ini akui reda dengan setiap ujian dan percaya segala yang berlaku mempunyai hikmahnya yang tersendiri.
“Saya menulis ini setelah berjaya memujuk hati dan mengutip kekuatan hasil sokongan mereka yang sentiasa berada di sisi saya. Alhamdullilah kekuatan yang ada saat ini sangatlah luar biasa. Tiada lagi airmata.
Ads
“Tiada lagi rasa menyalahkan diri sendiri. Justeru, sedikit rasa sebagai seorang wanita yang pernah menjadi isteri. Rasa jiwa seorang ibu ingin saya kongsikan supaya dapat menjadi pengajaran buat semua,” akhirinya.
Pada April lalu, Fauziah pernah mendedahkan wajah seorang wanita dikenali Siti Munirah Abd Ghani di Instagram dan mendakwa itu adalah ‘madunya’ sekali gus memaklumkan isteri kedua ND Lala.
Ia berikutan, timbul spekulasi sebelum itu mengatakan ND Lala kononnya berkahwin baharu dengan wanita yang jauh lebih muda daripada Fauziah dan juga bekas rakan sekolah anaknya, Shila Amzah.
Ketika majlis pernikahan Shila dan suaminya, Ubai Mz pada 5 Ogos lalu, ND Lala hadir sebagai wali untuk menikahkan Shila dan selepas itu dia bergegas pulang meninggalkan majlis.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Fauziah Sarman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penceramah selebriti, Pencetus Ummah (PU) Azman ada memberikan penerangan mengenai isu rogol yang sedang hangat diperkatakan ketika ini dari sudut pandang Islam.
Menurut PU Azman, perogol akan dihukum sebagai pesalah dan cara wanita berpakaian pula bukanlah alasan untuk menghalalkan jenayah terkutuk ini.
Dalam fiqh Islam, perogol tetap dihukum sebagai pesalah. Perempuan seksi bukan alasan untuk "halalkan" jenayah rogol. Tapi perempuan seksi memang wajib tutup aurat. Bukan semata-mata nak elak dirogol, tetapi itu adalah perintah Allah.
“Dalam fiqh Islam, perogol tetap dihukum sebagai pesalah.
“Perempuan seksi bukan alasan untuk ‘halalkan’ jenayah rogol,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh PU Azman menerusi akaun Twitter.
Tambah juara program Pencetus Ummah musim ke-2 itu lagi, wanita sememangnya wajib untuk menutup aurat bukan disebabkan untuk mengelak rogol tetapi kerana perintah Allah SWT.
“Tapi perempuan seksi memang wajib tutup aurat.
“Bukan semata-mata nak elak dirogol, tetapi itu adalah perintah Allah,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memuji penerangan yang diberikan oleh PU Azman itu.
Baru-baru ini, isu jenayah rogol telah menjadi topik hangat sehingga telah menimbulkan perbalahan beberapa pihak di platform media sosial.
sumber: Twitter Pu Azman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Usahawan dan pengacara popular, Noor Neelofa mendakwa tuduhan kononnya dia menjadi antara pencetus konflik rumah tangga kakaknya, Noor Nabila dan Sharnaaz Ahmad sebagai tidak masuk akal.
Malah, Lofa turut berpendirian adalah sesuatu yang tidak adil untuk memberikan komen mengenai isu yang bukan melibatkan dirinya.
“Rasa macam tak adil pulak bila bagi komen mengenai orang lain. Cumanya, apa yang saya boleh cakap ialah saya sayang kakak saya dan semua tuduhan dari netizen sebelum ini memang tak masuk akal,” kata Neelofa kepada MH.
Bintang asal Kelantan itu ditemui sidang media pengumuman TOP 5 Anugerah MeleTOP Era (AME 2019) di Hard Rock, Kuala Lumpur.
Neelofa, bagaimanapun pada masa sama meminta agar orang ramai turut mendoakan yang terbaik buat kedua-dua pasangan itu.
“Saya berharap orang ramai termasuklah keluarga dan sahabat handai mendoakan sama-sama dan menjadi penyokong sebagai sumber kekuatan,” mohon Neelofa lagi.
Terdahulu, Neelofa pernah meninggalkan komen di Instagram menerusi salah satu posting dari Nabila, yang seolah-olah membalas kenyataan abang iparnya itu.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Datin Alyah atau nama sebenarnya Hasliah Abu Hasan ada berkongsi cerita mengenai kisah hidupnya selepas diundang sebagai tetamu jemputan untuk program Naura Shares.
Penyanyi lagu Tak Mungkin Kerana Sayang ini memberitahu perihal hubungannya bersama Yang Maha Pencipta.
Kongsi Alyah, dirinya dulu sangat alpa dengan duniawi namun kini semuanya berubah selepas mencuba untuk mencari kerehdaan Allah SWT.
“Dulu saya amat kesah tentang apa pandangan orng terhadap saya. Setelah saya mempelajari apa tujuan hidup dan kemana kita selepas hidup.
“Alhamdulillah saya Sedang berusaha utk Allah swt kesah tentang saya. Walau seburuk mana pon kita dimasa lampau, tiada manusia bole menghakimi kita. Kerna Baginda Rasul SAW juga tidak pernah melakukannya.
“Dan Allah swt maha pengasih ,maha penyayang juga maha pengampun. Dia akan menanti kita di penghujung. Usahakanlah penghujung yg baik wlu pun permulaan kelam dan kelabu.
“Jadi ikhlaslah dlm segala hal kerana Allah SWT. Berbuat baik selagi mampu, semoga kita dipandang Allah swt nanti di sana dgn pandangan kasih dan syg Amin3,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Program bual bicara Naura Shares disiarkan pada setiap Jumaat, jam 9 malam di saluran Naura (125). Semoga perkongsian Alyah dapat dijadikan sebagai panduan hidup kepada semua.
Foto: Instagram Alyah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dunia ratu cantik menyaksikan satu detik bersejarah apabila model dan aktivis kemanusiaan Palestin–Kanada, Nadeen Ayoub diumumkan sebagai Miss Universe Palestine 2025. Pelantikan ini sekali...