Uncategorized

Beza 10 Tahun,Nick Jonas &Priyanka Chopra Bercinta?

Share

Kecoh di Hollywood apabila pelakon dan penyanyi, Nick Jonas dilaporkan ‘menjalinkan hubungan’ dengan aktress Bollywood, Priyanka Chopra.

Pasangan tersebut mula mendapat perhatian apabila dilihat mesra ketika Met Gala baru-baru ini.

Kemudian, Chopra memuat naik foto bersama rakan-rakan namun disebelahnya adalah Jonas dan kedua-dua mereka kelihatan sangat rapat.

Dalam pada itu, kedua-dua mereka hadir bersama-sama untuk menyaksikan perlawanan ‘baseball’, LA Dodgers.

Selain itu, pasangan itu juga kelihatan menonton ‘Beauty And The Beast Live’ di Hollywood Bowl.

Sumber rapat pasangan tersebut berkata kepada US Weekly bahawa kedua-dua mereka dalam fasa perkenalan.

“Mereka kini ‘dating’ dan ia adalah baru. Mereka secocok dan kedua-duanya meminati antara satu sama lain,”kata sumber tersebut.

Walaupun perbezaan umur mereka agak ketara dalam 10 tahun namun mereka berdua nampak cukup serasi dan mesra bersama.

Terdahulu, Jonas bersama dengan Olivia Culpo selama 2 tahun sebelum berpisah pada tahun 2015.

Tahun lalu, Jonas dikaitkan dengan beberapa wanita iaitu Georgia Fowler, Kate Hudson dan Angela Sarafya.

Sumber: Harpers Bazaar

IKLAN