Uncategorized

Beyonce Upah Pembantu Jaga Kembarnya RM500 Ribu

Share

Pasangan selebriti Beyonce Knowles dan Jay Z dilaporkan mengambil seramai lapan orang pengasuh untuk menjaga tiga cahaya mata mereka.

Dua pengasuh ditugaskan untuk menjaga anak pertama mereka iaitu Blue Ivy, yang berusia lima tahun.

Manakala, mengupah enam pengasuh untuk menjaga kembarnya Rumi dan Sir Carter dan dibayar hampir RM500 ribu setahun hanya untuk mengasuh dan membantunya menguruskan anak kembarnya itu.

Menurut sumber terdekat, Beyonce mengupah pengasuh itu kerana pasangan kembar mereka tidak tidur pada waktu yang sama.Disebabkan itu, Beyonce terpaksa mengupah pengasuh untuk siang dan malam.

“Rumi dan Sir tidak tidur pada waktu yang sama. Jadi Beyonce telah mengambil keputusan untuk mengupah tiga pengasuh untuk seorang anak kembarnya. Mereka bertukar-tukar shift iaitu 8 jam seorang,” katanya.

Selebriti lain yang turut mengupah pengasuh siang dan malam termasuk Megan Fox dan Chrissy Teigen 

Beyonce melahirkan kembar mereka secara pembedahan pada Jun lalu

Sumber : OK! Magazine

 

[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com

atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook Media Hiburan * Instagram mediahiburanofficial * Youtube Media Hiburan Official[/su_heading]

 

IKLAN