Hos dan usahawan, Noor Neelofa Mohd Nor terpaksa menjalani tempoh kuarantin selama seminggu di sebuah hospital akibat jangkitan Influenza A.
Menerusi satu kenyataan yang dimuat naik menerusi laman Facebook miliknya, admin ada memaklumkan pengacara MeleTop itu telah dijangkiti virus berkenaan ketika dalam perjalanan ke Arab Saudi.
“Dengan rendah hati saya ingin mohon maaf kepada semua pelanggan, rakan kongsi dan mereka yang sudah membuat temujanji dengan saya sepanjang minggu ini.
“Saya juga terpaksa menolak dengan baik untuk menghadiri semua jemputan majlis dan sesiapa yang ingin melawat kerana ia berjangkit,” jelasnya.
Terdahulu, Neelofa menyedari dirinya kurang sihat sejurus tiba di Malaysia lantas ke hospital bagi menjalani pemeriksaan.
Bagaimanapun, Lofa mengharapkan agar kesihatan dirinya kembali baik dan mampu untuk kembali bekerja.
“Harapnya kesihatan saya berada dalam keadaan yang baik dan boleh kembali bekerja. Pohon doa agar cepat sembuh,” pinta Lofa.
Foto: Facebook, Instagram Neelofa
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tidak dinafikan, mereka yang menemui satu kejayaan pasti akan menempuhi fasa kegagalan terlebih dulu.
Pastinya, ia bukan satu perkara yang mudah.
Terbaru, artis versatil Zulin Aziz ada memuat naik satu rakaman video menerusi laman media sosial Instagram miliknya.
Rakaman video tersebut merakamkan Zulin atau nama sebenarnya Farah Azleenda Aziz berkongsi satu tips untuk bangkit daripada kegagalan atau bagaimana untuk meneruskan kehidupan daripada satu kekecewaan.
“Pertama sekali adalah reda, tapi macam mana kita nak reda tu adalah bila kita pandang ke depan. Kita ni nak hidup sampai esok sahaja ke? Jadi kenapa kita nak bersedih dengan kegagalan?
“Allah masih bagi kita ruang lagi, selagi kita masih bernyawa dan kita masih ada lagi kesempatan masih ada peluang untuk merasai bahagia.
“Jadi bila kita rasa kegagalan kenapa kita nak rasa kegagalan itu seumpama esok macam kita dah nak mati.
“Selagi kita hidup InsyaAllah akan ada benda yang lebih baik dalam hidup kita,” kongsi Zulin.
Pengacara dan penyanyi, Alif Satar mengakui dirinya ‘naik segan’ selepas turut terpalit dengan kontroversi melibatkan penyanyi, Mark Adam dan rakan hos Big Stage, Sherry Al-Hadad.
Menurut Alif, perkara ini terlalu digembar-gemburkan dan ia tiada kena mengena dengan dirinya.
“Pada Alif, perkara ini telah digembar-gemburkan dan itu hanyalah perkara kecil sahaja.
“Alif sendiri kenal dengan Mark Adam dan dia bukanlah orang yang sebegitu tapi biasalah benda senang nak viral,” jelasnya kepada MH.
Susulan namanya turut terheret, kerana kononnya menjadi penyelamat keadaan, Alif sekali lagi rasa segan dengan reaksi yang diberikan netizen.
“Saya segan bila viral dengan benda macam tu sebabnya ia langsung tiada kena mengena dengan saya. Saya naik segan.
“Dia macam lepas ni, kalau ada berita buruk pasal Alif, habis la orang tak suka dah. Macam Alif ni perfect sangat pula.
“Bila rakan-rakan artis sebut mengenai perkara ini pun, saya rasa segan dan kalau boleh, saya tak nak hidup dengan pujian.
“Kesilapan ini adalah normal sebagai manusia biasa. Saya pasti orang masih sayang pada Mark dan dia pun telah mohon maaf,” kongsi Alif optimis.
Alif berkata demikian ketika ditemui di majlis sidang media pelancaran jenama ‘Warung’ dari Alicafe dan Alitea yang berlansung di Restoran Rebung Chef Ismail, Kuala Lumpur pada Selasa.
Pada majlis tersebut, Power Root Berhad turut mengumumkan kontrak Alif Satar sebagai duta rasmi produk berkenaan dilanjutkan bagi tempoh dua tahun akan datang.
Mengangkat konsep ‘Macam Dolu-Dolu’, jenama Warung tampil dengan lima produk minuman terbaru iaitu Alicafe Warung Kopi-O, Alicafe Warung Kopi Putih, Alicafe Warung Kopi Putih Kaw, Alicafe Warung Klasik dan satu produk berasaskan teh iaitu Alitea Warung.
Anugerah Akademi ke-98 (Oscar) yang berlangsung di Dolby Theatre, Los Angeles, Amerika Syarikat, siang tadi menyaksikan malam penuh gemilang buat filem One Battle After Another apabila muncul sebagai pemenang terbesar seterusnya