Viral di media sosial perihal seorang pemuda yang dikatakan punyai wajah iras pelakon, Syafiq Kyle. Difahamkan, lelaki berkenaan bekerja di stesen minyak Shell Cabang Tiga, Terengganu.

Hasil penangan viral, pemuda tersebut, Zukhairi Zulkifli, 19, menjelaskan dia berasa agak janggal dengan situasi bila ada yang hampiri dan ingin bergambar dengannya.

“Sejak video itu tular ramai yang datang tempat saya bekerja untuk isi minyak, ada yang mahu bergambar dan berkenalan.

“Saya okey sahaja walaupun kadang-kala ada rasa segan kerana saya sendiri tidak pasti betul ke wajah kami seiras,” ujarnya seperti yang dipetik mStar Online.

Dalam pada itu, Zukhairi yang juga sering menonton drama lakonan Syafiq Kyle berkongsi ‘follower’ laman Instagramnya naik mendadak berikutan perkara tersebut.

IKLAN

“IG ramai yang minta untuk jadi pengikut dari tidak sampai pun seribu pengikut kini sudah cecah hampir 8,000.

“Buat masa ini saya belum berpeluang jumpa Syafiq Kyle secara depan-depan, tapi saya tonton drama-drama lakonannya,” ujarnya.

Tambahnya lagi, dia juga turut mendapat undangan untuk muncul dalam sebuah program hiburan namun terpaksa dibatalkan atas sebab yang tak dapat dielakkan.

“Selepas viral ada program bual bicara jemput untuk datang studio tapi saya terpaksa batalkan kerana ada masalah sedikit.

“Insyaallah lain kali kalau ada masa dan rezeki,” katanya lagi.

Terdahulu, mula viral di laman media sosial mengenai ‘kembar’ pelakon drama Nur itu yang bekerja di sebuah stesen minyak Shell.

IKLAN

Sejak itu, stesen minyak itu menjadi tumpuan ramai yang ingin bertemu dengan ‘Syafiq Kyle’ malah, pelakon, Abby Abadi juga sempat hadir dan bergambar dengannya.

IKLAN

Sumber: Mstar Online

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI