Menjengah ke ruang komen pula, rakan pelakon Datin Almy Nadia dilihat ada meninggalkan komen terhadap entri berkenaan.
Ads
Lalu, Syafie yang lebih senang digelar Ayie, dia menganggap apa yang berlaku adalah petunjuk dariNya.
Ads
Terdahulu, Syafie didakwa telah mengasari bekas tunang atas sebab tersendiri hingga menyebabkan laporan polis telah dibuat bekas tunang, yang juga seorang pelakon.
Foto : Instagram Syafie Naswip
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Masih lagi berkisar soal obses kepada anak sendiri, Datuk Seri Siti Nurhaliza menerusi entri terbaru membuat luahan khas berkisar artikel yang berlegar di alam maya.
Berkongsi foto terbaru Siti Aafiyah, gurau penyanyi nombor satu Malaysia ini, dia obesiti. Muat naik ini mendapat lebih 170,000 tanda suka dengan lebih 3000 komen netizen yang nyata terhibur dengan kenyataan penyanyi ini.
“Saya geram ni!! sapa cakap ibu saya obses tu? Ibu saya ObesSITI lah!!!” tulisnya.
Jelas netizen, tidak ada salahnya obses dengan anak yang dikandung selama sembilan bulan di dalam rahim.
Sitisebelum ini dikritik teruk netizen gara-gara sering memuat naik gelagat anak dalam Instagram. Namun isteri kepada Datuk Seri Khalid ini menegaskan dia bebas berkongsi apa sahaja mengenai Aafiyah malah telah menanti selama 11 tahun untuk bergelar ibu.
Foto : Instagram Tok Ti
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Noorkhiriah akui selesa berkawan dengan pelakon, Syafie Naswip dan perkenalan di antara dua bintang ini sudah pun mencecah lebih 10 tahun.
Malah, kongsinya lagi, dia mulai kenal Syafie sejak lelaki itu masih di bangku persekolahan.
“Dok spital ni mula ler nk terobek ituini,apalagi nk wat..wall pn akk dh nampak mcm panggung wayang..akak kenal adik akak ni dari umo dia 17 tahun masa sama2 p LA ms menang Anugerah Skrin.
“Akak kat sana mmg kemana dgn Pie sb dia terror bab2 ambk gmbr..mmsg selenge je pasai tk pernah2 mimpi jejak kaki ke Hollywood tuuu… akk kan antu bergambar. Memang akk pegang betui Pie masa kat sana..demam pn ttp bgambo,”tulis Khiriah.
Dalam pada itu, Khiriah memuji sikap Syafie atau mesra disapa Pie kerana sangat menghormati orang tua.
Pada masa sama, bintang Nur ini juga berkongsi sejarah di sebalik kisah Syafie ketika hadiri uji bakat filem Mukhsin.
“Seyes,anak ni hormat org tinggi tahap gaban..patutlah arwah Cik Min #YasminAhmad syg ggiler,kalaulah Cik Min masih ada. masa Pie p odition Mukhsin ada kisah sblk kisah.
“Nak anta kazen p odition rasanya last2 Pie jadi Mukhsin..dgn rambut sikat rapi masatu tk silap akk pakai tencho kan dik..Alhamdulillah,akk ada lee sc gak dlm Mukhsin..merasa leerrr.
“Tapi kenangan p LA mmg best..dedua tak reti mende..tp bab gambar mmg penuh album..kt pokok,pintu jamban pun akk suh Pie snap..asal nampak pelik tp idok lee leh post pasal lom btudung time tu,” kongsi Khiriah.
Dalam masa sama, Khiriah turut memberikan kata-kata semangat buat pelakon berusia 27 tahun ini untuk meneruskan kehidupan seperti biasa meski menerima pelbagai kecaman dari netizen.
“Apapapun all the best utk mu adik @syafienaswip..baik atau buruk perjalanan hidup kita itu adalah pengalaman berharga.
“Anggap apa saja yg jadi utk mematangkan kita..yg baik kekalkan..yg buruk suhsuhsuh mohon go away..Sayang Mak Ayah kita selagi dorang ada..Jaga diri bebaik..Akhlak Jaga yer..tcare dik,” tulis Khiriah.
Sementara itu, netizen telah meninggalkan komen yang plebagai terhadap perkongsian pelakon itu.
Terdahulu, Sweet Qismina turut meluahkan rasa apabila dia selesa berkawan dengan Syafie.
Foto : Instagram Noorkhiriah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi mencuri tumpuan apabila beliau sempat menyantuni sekumpulan peminat daripada kalangan pelajar sekolah menengah ketika sedang menikmati makan tengah hari di sebuah restoran, semalam.