Pelakon Beto Kusyairy berangkat ke tanah suci Mekah bersama isteri, Tisha Shahar bagi menunaikan ibadah umrah pada malam Isnin.
Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, Beto atau nama sebenar, Nurkusyairy Zakuan Osman, 42, memohon doa daripada orang ramai serta meminta maaf di atas segala salah silapnya selama ini.
“Bismilahi Allahuakbar. HambaMu datang menyahut panggilanMu ya Allah.
InsyaAllah akan berangkat ke tanah suci malam ini (Isnin).
“Ampun maaf atas segala salah silap aku selama di sini. Mohon didoakan kelancaran dan segala ibadah diterima serta mendapat keberkatanNya.
Pemergian pasangan itu turut dihantar rakan-rakan artis yang rapat dengan Beto seperti Azhan Rani, Fikhree Bakar, Zahiril Adzim dan isteri, Shera Aiyob.
“Bukanlah kali pertama aku hantar kau ke airport… tapi kali ni lain. Safe flight sahabat. Semoga banyak yang indah-indah untuk korang berdua di sana nanti. Moga dipermudahkan segala urusan, diberi ketenangan dan beroleh umrah yang mabrur,” tulis Azhan Rani.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Beto Kusyairy & Azhan Rani
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selebriti versatil, Janna Nick enggan mengambil kisah dengan tanggapan segelintir pihak yang mengatakan antara sebab hubungannya bersama kekasih bermasalah adalah kerana berat badannya yang dikatakan semakin menaik.
Menurut Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, dia mahu menjadikan kata-kata negatif itu sebagai pembakar semangat buat dirinya untuk mencapai tubuh badan yang ideal.
“Everytime. Hmm kita sejenis kembang kecut. Nak kecut sekejap nak kembang pun sekejap,” tulisnya.
Jelas pengacara program Famili Duo ini lagi, badannya itu tidak memerlukan masa yang lama untuk menunjukkan sebarang tanda-tanda perubahan asalkan dia rajin bersenam.
Malah, dia juga tidak mengambil hati dengan sikap segelintir pihak yang gemar mempersoalkan mengenai tubuh badannya itu.
“Tapi tak mengapa. Orang prihatin. So kita exercise la eh. Gemuk boleh kurus. Tak ada masalah. Bagi saya satu minggu okay,” kongsinya lagi.
Hasil tinjauan MH di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti memberikan kata-kata semangat selain turut menasihati Janna untuk mengabaikan sahaja komen-komen negatif tersebut.
“Tak mengapa. Badan turun naik tak masuk neraka. Yang hati busuk mulut laha itu?
“Jangan dengar cakap orang. Kita layak happy. Tak kacau depa pun.
“Janji awak sihat sudah. Buat je yang terbaik untuk diri sendiri. Fikir mulut orang yang negatif ni buat letih je. Sentiasa pisitif Janna.
“Tak mengapa. Janji hati bersih dan lapang. Tak menyinggung hati mana-mana pihak.
“Kita ni biar gemuk janji hati tak busuk,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Sebelum ini, nama Janna menjadi buah mulut ramai apabila hubungan cintanya bersama pelakon, Dini Schatzmann didakwa sedang bermasalah.
Namun, spekulasi kisah putus cinta mereka dikatakan hanya gimik selepas kelibat mereka berdua kelihatan dalam video TikTok pelakon Alvin Chong.
Malah, ketika ditemui media, Dinie mengambil pendekatan untuk mengunci mulut berhubung isu tersebut.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Janna Nick
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kumpulan Sans Therapeutics Berhad secara rasmi mengumumkan pengambilalihan X-Beauty & Aesthetic, pada majlis menandatangani perjanjian di Hotel Sheraton, Petaling Jaya, baru-baru ini.
Pada majlis itu, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Sans Therapeutics Berhad, Dr Tan San Chin, turut mengumumkan penambahan perkhidmatan Sans Aesthetic Wellness, yang memfokuskan kepada estetika dan ‘keindahan kesejahteraan’.
Malah selepas pengambilalihan itu, X-Beauty & Aesthetic secara rasmi akan dinamakan semula sebagai Sans Aesthetic Wellness dan turut mengambil alih enam cawangannya yang terletak di Kota Damansara, Sri Petaling, Cheras, Puchong dan Nusa Bestari, Skudai.
Berikutan itu, pelanggan sedia ada yang ingin mendapatkan rawatan di cawangan Uptown Damansara, akan berpindah ke cawangan Kota Damansara.
“Kepada semua bekas ahli X-Beauty & Aesthetica, kami di Sans Aesthetic Wellness berjanji akan meneruskan perkhidmatan seperti sebelumnya kepada pelanggan.
“Sebagai sebuah syarikat yang bertanggungjawab dari segi sosial, kami optimis untuk terus mengekalkan integriti dan tanggungjawab agar menjadi penanda aras dalam industri rawatan kecantikan serta terus mengutamakan keselesaan pelanggan,” katanya.
Dr Tan San Chin pada masa sama mengharapkan agar pelanggan terus memberi kepercayaan kepada syarikat dalam urusan penyelesaian peralihan ini dan sentiasa memastikan pelanggan mendapat perkhidmatan yang terbaik.
“Kepada mereka yang masih menjalani rawatan berterusan dengan X-Beauty & Aesthetic, beliau menggalakkan mereka mendaftar di cawangan terbabit dengan membawa resit asal bagi mendapatkan rundingan secara personal.
“Sementara itu, kami juga mencari rakan kongsi perniagaan menerusi sistem francais untuk mengembangkan lagi rangkaian perniagaan ini di mana kami merancang untuk membuka lima lagi cawangan kedai.
“Syarikat juga merancang untuk mengadakan penyenaraian awam dalam tempoh tiga tahun akan datang,” katanya lagi.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif X-Beauty & Aesthetic, Datuk Jess, iaitu wakil dalam perjanjian peralihan itu, berkata, syarikat sedang melakukan penstrukturan semula organisasi selepas berhadapan dengan wabak Covid-19, dua tahun lalu.
“Saya yakin Sans Therapeutics Berhad adalah kumpulan korporat yang memiliki reputasi dan berkemampuan menawarkan produk berkualiti serta perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.
“Sekali gus pelanggan yakin mengenai pertumbuhan dan prospek kumpulan,” katanya.
Sans Aesthetic Wellness turut melancarkan Lab Series, iaitu set baharu produk penjagaan kulit sehenti.
Siri Lab ini diperbuat daripada bahan semula jadi yang dibangunkan oleh pasukan yang mempunyai lebih 30 tahun kepakaran dalam menghasilkan produk penjagaan kulit menerusi penyelidikan dan pembangunan (R&D)
Ia dilihat sebagai penyelesaian terbaik untuk merawat kulit yang bermasalah agar sihat semula.
“Kalau boleh kami mahu orang kalau bercakap mengenai kecantikan, akan ingat kepada kami. Sebab itulah bermula dengan pelancaran ini, kami giat untuk terus mempromosikan perkhidmatan yang ditawarkan kepada semua, tidak mengira budaya.
“Meski cabaran mendatang menjadi lebih sukar dengan situasi semasa, namun kami percaya servis dan kualiti terbaik yang diberikan kepada pelanggan menjadi survival kami secara langsung” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Finalis Dewi Remaja 2018/19 yang kini bergelar pelakon, Anna Jobling tidak sangka apabila namanya tersenarai sebagai antara personaliti tempatan dengan carian tertinggi di Google, pada tahun ini.
Anna, 22, yang berada di posisi ketujuh di dalam senarai berkenaan tidak menafikan, kejayaan drama Melur Untuk Firdaus sebelum ini menjadi faktor utama namanya menjadi perhatian di media sosial.
“Jujurnya saya terkejut apabila tersenarai di antara 10 personaliti paling banyak carian Google di Malaysia untuk sepanjang tahun 2022.
“Saya yakin carian itu adalah atas sebab-sebab positif mengenai karier. Drama Melur Untuk Firdaus banyak membantu menaikkan nama saya. Selain itu sokongan peminat dari Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei dan Asia Tenggara buat saya terharu,” katanya.
Bintang berdarah kacukan ini turut menambah, dia tidak pernah terfikir untuk berada pada tahap sekarang.
“Tersenarai dalam 10 individu paling banyak carian di Google membuatkan saya rasa lebih merendah diri kerana tak terfikir akan ada ramai individu yang melakukan carian nama saya.
“Saya rasa semua orang menggunakan carian di Google apabila mahu mendapatkan info, jadi saya berterima kasih kerana ia membuatkan saya mahu terus memberikan yang terbaik dalam karier.
“Pihak pengurusan saya, Mask Team juga telah merangka banyak perancangan berkaitan karier saya dan Alhamdulillah semuanya boleh dikatakan berjaya. InshaAllah untuk tahun 2023 ini,” katanya lagi.
Terdahulu menerusi data yang dikongsikan Google, carian tertinggi personaliti tempatan di Google Malaysia ialah Perdana Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim, diikuti Zalina Azman.
Bekas personaliti televisyen itu mendapat perhatian susulan misteri kehilangannya sejak lebih setahun lalu didedahkan media.
Selain Anna dan Zalina, figura lain yang turut tersenarai dalam carta 10 teratas termasuk Nik Adam Mika dan penyanyi Yasin Sulaiman di tangga ke-10.
Selebriti dan usahawan, Neelofa menyangkal dakwaan penglibatannya bersama suami, PU Riz dalam program realiti terbaharu, Mualim Muda bakal menjadi tumpuan utama berbanding para peserta yang bertanding.