Uncategorized

Beto Kusyairy Mengaku Kecewa, Sedih. Fasal Apa?

Share

Pelakon, Beto Kusyairy tidak dapat menyembunyikan rasa kesal apabila drama lakonannya, KL Ganster Underworld yang mula bersiaran di Iflix pada Khamis telah dirakam mengunakan FB Live.

Menerusi laman Twitternya, Beto mengatakan bahawa mereka yang menyokong perkara ini boleh dikategorikan sebagai ‘mencuri’.

“Ada jugak malaun yang buat live show #KLGangsterUnderworld #KLGU kat FB. Padahal bukan kena bayar pun.

 

“It’s #iflixfree laa guys..download aje aps iflix pastu straightaway boleh tengok keenam2 episod. Yang tengok live show haram tu pun ada saham mencuri jugak tau,” tulisnya di Twitter.

Turut menyokong keluhan Beto adalah rakan pelakon, Nabila Huda yang turut sama berlakon dalam drama itu.

“Penat-penat Aku explain kat instagram cara-cara Nak download for free,” tulisnya pula.

Sementara itu, dalam kesempatan MH bertemu dengan Beto semasa pelancaran drama bersiri original itu di Suzie Wong pada Rabu, pelakon itu turut berkongsi cabaran yang dihadapinya dalam menjayakan watak Shah.

“Cabarannya lebih kepada aksi-aksi yang perlu dilakukan terutama apabila faktor usia yang tidak mengizinkan. Stamina tak terjaga sangat sekarang, kalau dahulu yalah.

 

“Mujurlah, pihak produksi ada beri latihan selama dua minggu untuk saya meresapkan jiwa Shah itu.

 

“Lagipun banyak babak yang memerlukan saya untuk bergaduh namun saya gembira dengan nashkah ini sebab dia ‘fresh’ dan dengan kombinasi pelakon yang hebat, tiada sebab untuk saya kata tidak,” katanya kepada MH.

KL Ganster Underworld turut menampilkan pelakon-pelakon seperti Azhan Rani, Ezzaty Abdullah, Zahiril Adzim, Dynas Mokhtar dan Hasnol Rahmat.

Foto/Instagram: Beto Kusyairy

IKLAN