Ads

“Bertugas Dalam Panas Terik, Hujan Ribut,” – Jalani PKPB Di Klang, Liza Hanim Beri Bantuan ‘Lunch’ Kepada Frontliners

Seperti sedia maklum, penduduk di sekitar daerah Klang kini sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) selama 14 hari bermula 9 Oktober lalu.

Sebagai tanda penghargaan, penyanyi Liza Hanim memberitahu telah memberi bantuan makanan berupa menu tengahari kepada petugas keselamatan yang bertugas di Taman Sri Andalas, Klang pada hari ketiga penguatkuasaan.

Maklum Liza, bantuan yang diberikan turut sertai bersama ahli keluarga serta rakan terdekat.

“Alhamdulillah… Hari ke 3 PKPB Klang Di Taman Sri Andalas, kami sekeluarga serta beberapa rakan karib dapat menyampaikan hajat untuk menyediakan hidangan tengah hari buat para anggota keselamatan yang bertugas di Check Point Taman Sri Andalas.

Ads

“Terima kasih @pdrmsia_official @angkatantentera @officialrelamalaysia yang bertugas dalam panas terik, hujan ribut yang kebetulan berlaku setiap malam sekarang di sini.

“Terima kasih rakan rakan karib dan my bro n sis @iamsyam636 @mommaita @mardianalatif #linda yang sama sama contribute untuk beri sedikit keselesaan buat anggota anggota. #kitajagakita, tulisnya.

Ads

Ads

Sekadar informasi, pihak kerajaan telah mengeluarkan Perintah Kawalan Pergeraka Bersyarat (PKPB) di daerah Klang bermula 9 Oktober lalu.

Ini kerana, kes baharu wabak Covid-19 di daerah berkenaan dilaporkan semakin meningkat pada minggu lalu.

Foto: Instagram Liza Hanim

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Nak Buat Sesuatu, Biar Betul-Betul,” – Giliran Izzue Islam & Dehaniff...

Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri. Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...
error: Hello. Cannot.