Ads

‘Bertudung Ini Pilihan Saya, Cara Buktikan Cinta Kepada Tuhan’ Mizz Nina Sokong #WorldHijaDay!

Sempena Hari Hijab Sedunia, MH menyokong penuh sambutan ini. Tidak terkecuali selebriti yang sangat dikagumi oleh para wanita, isteri kepada penyanyi Noh Hujan yang dikenali sebagai Mizz Nina.

Siapa yang tidak kenal dengan figura ini. Orangnya sempoi dan sering memberi inspirasi pada orang ramai.

‘Bertudung Ini Pilihan Saya, Cara Buktikan Cinta Kepada Tuhan’ Mizz Nina Sokong #WorldHijaDay!

Ads

Terbaru, Mizz Nina ada memuat naik perkongsian tentang kempen ini. Sedar-tidak sedar, masuk tahun ini Mizz Nina sudah 5 tahun bertudung dan ingin berkongsi semangatnya kepada semua wanita untuk terus mengekalkan identiti sebagai seorang muslimah.

Ads

Ads

“2018 adalah tahun ke 5 saya bertudung, Alhamdulillah masa berlalu dengan pantas! Dalam menyokong #WorldHijabDay saya ingin menyatakan tanda cinta dan sokongan kepada semua wanita di seluruh dunia yang berjuang setiap hari untuk mencari kasih sayang dari Tuhan dan berbangga dengan identiti mereka sebagai muslim sama seperti saya.

 

“Bertudung ini pilihan saya, cara saya untuk buktikan cinta saya kepada Tuhan adalah dengan menjaga pemakaian untuk melindungi diri sendiri dan orang tersayang dari bahaya, seolah saya berjalan yakin dengan kecantikan serba sederhana sebagai mahkota diri, tulus dari hati hanya untu Tuhan Yang Maha Esa,” tulisnya di Instagram.

Perkongsian ini telah mendapat perhatian ramai terutamanya dikalangan netizen dan rata-rata memuji tindakannya serta kekuatan yang dipegangnya untuk terus berubah mengikut jalan Allah.

Apapun MH memang puji habis Mizz Nina! Bagi kami Mizz Nina adalah individu dan selebriti yang boleh dijadikan contoh yang baik.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Nama Yang Sama Muncul Dalam Bentuk Fizikal,” – Kebetulan 10 Tahun...

Pelakon dan pengacara yang kini aktif dalam dunia fesyen, Karl Shafek menyifatkan kerjasama bersama kumpulan Alpha sebagai satu kebetulan yang gus mengimbau kenangan tersendiri...
error: Hello. Cannot.