Tahniah diucapkan buat pelakon cantik, Nynaa Harizal yang sah bergelar isteri kepada lelaki pilihan yang juga Ketua Pengarah Kewangan, sebuah syarikat pelaburan, Fahmi Ilyas pada 28 Ogos lalu.
Nynaa atau nama sebenarnya, Nurul Hanynaa Harizal,25, berkata, dia dan suaminya yang berusia 29 tahun itu sebenarnya merancang untuk mengadakan majlis akad nikah pada Julai lalu, namun hajat itu terpaksa ditangguhkan.
“Sebagai manusia, kita hanya boleh merancang, Allah juga menentukan segala-galanya. Situasi pandemik COVID-19 iaitu Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) berlarutan selama berbulan-bulan.
“Kami merancang mengadakan majlis akad nikah di sebuah hotel di ibu kota, Julai lalu. Sehari selepas nikah, kami merancang mengadakan majlis resepsi.
“Namun, ia terpaksa ditangguhkan berikutan situasi tidak mengizinkan.
“Jika ikutkan, persiapan kahwin sudah dilakukan buat sejak Mei lalu. Akhirnya, saya dan suami terpaksa meneruskannya.
Ads
“Kami bertunang dahulu pada 21 Ogos lalu, disusuli dengan majlis akad nikah pada Sabtu lalu,” katanya menerusi laporan BH Online.
Pelakon drama Kekasih Paksa Rela dan Chandelier itu berkata, dia dan suami sepakat melakukan perkara yang wajib terlebih dahulu dan majlis dijalankan secara kecil-kecilan dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) di ibu kota.
Pada majlis berkenaan, pihak pengantin perempuan menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas lima.
Bagaimanapun, jumlah wang hantaran dan mas kahwin dirahsiakan.
Ads
Ditanya mengenai detik perkenalan, pemenang tempat ketiga pertandingan Dewi Remaja pada 2019 itu berkata, dia mengenali suami kira-kira tiga tahun lalu di sebuah majlis.
“Kami bertemu pada majlis hari lahir seorang rakan baik. Bagaimanapun, kami hanya berkawan biasa, tidak membabitkan apa-apa perasaan.
“Bagaimanapun, selepas sekian lama tidak bertemu, kami terserempak di sebuah acara dan mula menjadi rapat.
“Sudah takdir, hubungan kami berpanjangan hinggalah disatukan sebagai suami isteri,” katanya.
Ads
Nynaa pada masa sama menambah, suaminya turut memberi sokongan buatnya dalam bidang seni.
“Kami saling memahami. Dia juga menghormati orang tua, berdikari dan sangat tegas. Malah, suami tidak pernah menghalang saya terus aktif dalam dunia seni. Suami menyokong apa sahaja minat saya,” katanya lagi.
Beberapa momen terindahnya bersama suami turut dikongsikan di laman Instagram.
Pelakon dan penyampai radio, Anas Tahir berkongsi khabar duka selepas memaklumkan bapa mereka, Dr. Mohd Tahir Abdul Rahman telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir awal pagi tadi akibat komplikasi jantung.
Khabar mendukacitakan itu dikongsikan sendiri oleh Anas yang juga merupakan adik kepada penyanyi dan penulis lagu popular, Faizal Tahir itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Menerusi entri yang sama, Anas turut merakamkan ucapan penghargaannya buat segala jasa dan penat lelah ayahnya dalam mendidik serta membesarkan mereka selama ini.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi rasa duka selain turut menitipkan doa semoga arwah bapanya itu ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.
“Salam takziah bang. Al-fatihah.
“Salam takziah bang. Semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang beriman.
Sekadar informasi, beliau juga merupakan Alhi Pemegang Amanah bagi badan bukan kerajaan, MyCare selain turut memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Aqsa Syarif.
Sumber: Instagram Anas Tahir, Faizal Tahir & MyCare
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi, Ramlah Ram memaklumkan khabar duka bahawa adik dan ibunya yang menetap di Kluang, Johor telah disahkan positif Covid-19.
Kongsi Ramlah, dia berasa sangat bimbang terhadap kesihatan terutama ibunya yang kini sudah mencecah usia 80 tahun.
Lalu, penyanyi yang sinonim lagu Kau Kunci Cintaku itu memohon ramai mendoakan agar ibu serta adiknya diberikan kesembuhan dan bebas daripada wabak penyakit berkenaan.
“Assalamualaikum. Saya hamba yang tidak berdaya ini. Mohon bantuan semua. Tolong doakan Mak dan juga adik saya Shafiei cepat sembuh dan semua family saya di Kluang.
“Mohon diaorg dijauhkan dari penyakit ini. Baru semalam disahkan positif covid. Saya tengah tak tahu nak buat apa lagi, hanya mampu berdoa pada Allah. Saya teramat risaukan keadaan Mak.
“Dengan keadaan Mak umur sudah mencecah 80 tahun. Sekali lagi mohon tolong doakan kesembuhan Mak dan adik saya.
“Semoga Allah SWT akan membalas jasa baik korang berlipat ganda, Amin…,” tulisnya menerusi entri di akaun Instagram.
Baru-baru ini, personaliti televisyen dan hos, Ahmad Fedtri Yahya ada menerima luahan perasaan daripada seorang wanita yang dipercayai sedang mengalami masalah rumah tangga apabila suaminya telah bertindak curang kepadanya.
Menerusi entri yang dikongsikan menerusi akaun Instagram, Fedtri memuat naik hal berkaitan bersama pengikutnya beserta #ilhamsanubari.
Difahamkan, wanita tersebut memaklumkan suaminya yang juga seorang cacat penglihatan didakwa telah bertindak curang selepas dua tahun mereka berkahwin.
“Assalamualaikum Encik Fedtri. Bertemu kembali. Semoga Encik Fedtri dan keluarga berada di bawah lindungan rahmat Allah SWT. Saya pernah muncul menceritakan perihal membela biawak hidup.
“2 kali kecewa, Selepas itu bertemu jodoh untuk kali ke 3. Tetapi suami saya tidak sempurna. Seorang OKU cacat penglihatan sejak lahir. Kami bahagia.
“Selepas 2 tahun lebih membina masjid dan dikurniakan seorang anak perempuan. Saya diuji suami curang.
“Tepat tarikh 25/9/2021 iaitu tarikh lahir pertukaran bulan untuk anak berusia 20 bulan saya dikejutkan dengan berita ini,” kongsi wanita terbabit.
Malah, dia turut menyatakan rasa sedih atas apa yang berlaku, yang mana pasangan suaminya juga didakwa seorang yang kurang upapa (cacat penglihatan).
“Ketika saya mengetahuinya saya baru selesai solat zohor. Nak kata hancur hati ini,tidaklah terasa sangat. Ini kerana saya sudah mempersiapkan diri dengan mendekatkan diri kepada Allah SWT 2 bulan sebelum saya mengetahui hal ini.
“Mereka telah bercinta selama 1 bulan.Pasangannya juga adalah OKU cacat penglihatan. Nak ikutkan hati perceraian jalan yang terbaik. Tetapi saya tidak boleh mengikut perasaan kerana saya mempunyai anak,” tulisnya lagi.
Lantas, perkongsian Fedtri tersebut turut mendapat perhatian daripada wargamaya.
Rata-rata netizen mendoakan agar wanita berkenaan diberikan kekuatan dan tabah mengharungi ujian dalam rumah tangga.
“Dekatkan diri dengan Allah. InsyaAllah apapun ujian yang datang, kita mampu dan kuat mengatasinya sebab Allah bagi kekuatan dekat kita. Bukan kita sebenarnya. Kita ni hamba lemah je,” tulis seorang warganet.
“Moga dipermudahkan urusan dan suami berubah demi keluarga,” tulis netizen.
“Moga dipermudahkan urusan,” titip seorang lagi wargamaya.
Sementara itu, Ilham Sanubari yang menjadi antara segmen kandungan di Buletin FM ke udarasetiap Isnin hingga Jumaat dari jam 9 malam hingga 12 tengah malam.
Foto: Instagram Fedtri Yahya
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan aktivis seni, Datin Seri Umie Aida menzahirkan rasa sedih atas pemergian suami kepada rakan artis, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad, Allahyarham...