Uncategorized

Bersemutnya Ucapan Redza Rosli Buat Ayda Jebat, Memang Ada Cinta Ke?

Share

Pelakon, Redza Rosli memberikan ucapan penuh makna buat Ayda Jebat.

Dia berbuat demikian setelah Ayda memenangi Lagu Terbaik semasa Anugerah Planet Muzik (APM) baru-baru ini.

“Congratulations awak! I am so happy for your success! Semoga terus kuat, terus belajar & terus perbaiki untuk jadi yang lebih baik. I believe in you.

 

“I promise that I’ll be by your side through good and bad times,” tulisnya.

Susulan itu, kelihatan ramai rakan artis dan juga netizen meninggalkan komen mengatakan bahawa Redza sangat ‘sweet’ sekali terhadap Ayda.

Pasangan ini mula rapat dan digosipkan bercinta ketika berlakon bersama dalam drama Ku Kirim Cinta.

Apa-apapun, MH yakin dengan entri Redza itu menunjukkan jelaa status hubungan mereka kini kan?

Meski sebelum ini, keduanya belum lagi memberi jawapan pasti. Mungkin nak kenal hati budi dulu kot…

Foto/Instagram: Redza Rosli

IKLAN