Tahniah diucapkan kepada penyanyi Wany Hasrita yang telah pun selamat bersalin cahaya mata sulung secara normal di sebuah pusat perubatan, petang Sabtu.
Wany atau Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 30, memaklumkan khabar gembira itu menerusi laman Instagram miliknya hari ini.
“Alhamdulillah, Wany telah selamat melahirkan puteri kami pada hari Sabtu, 07:14 petang secara normal. Terima kasih pada semua yang mendoakan kami,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Menerusi perkongsian foto yang merakamkan gambarbayi perempuannya yang sedang mengenggam tangannya, penyanyi lagu Menahan Rindu ini turut berdoa agar anak permata hati menjadi pengikat kasih beraama suami, Muhd Al-Adib Fahmi Harun, 31.
“Anak ibu semoga jadi anak solehah penyejuk mata, penenang jiwa, pengerat cinta ibu dan bapa.
“Membesar dengan sihat dan jadilah orang yang memberi manfaat pada yg lain kelak,” titip Wany yang disusuli dengan pelbagai dedikasi daripada peminat dan rakan artis.
Ads
Sehingga kini, hantaran berkenaan sudah pun menerima hampir 50,000 tanda suka.
Imbas kembali, Wany dan Muhd Al-Adib mendirikan rumah tangga pada 22 Julai 2022 lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Azri Iskandar memaklumkan perancangan untuk mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihan hatinya, Dr Azra tetap berjalan seperti yah dirancang.
Menurut Azri, dia kini masih lagi didalam fasa untuk mengukuhkan kewangan dan berkemungkinan besar majlis akan berlangsung pada tahun ini juga.
“Saya memang jadi akan berkahwin. Nanti saya akan bagitahu hari bersejarah itu. InsyaAllah majlis tersebut akan berlangsung pada tahun ini juga kerana kami memang merancang untuk mengadakannya secepat mungkin.
“Punca majlis ini tertangguh adalah disebabkan kewangan dan bila semuanya sudah selesai, majlis itu pasti akan berlaku. Saya akan maklumkan kepada pihak media seawal yang mungkin,” katanya kepada MH.
Katanya lagi, majlis perkahwinan tersebut akan dibuat secara sederhana bagi meraikan kedua-dua buah keluarga dan sahabat terdekat.
“Sudah tentu saya akan buat majlis walaupun saya ini sudah tua. Saya akan adakan majlis makan-makan tetapi untuk bersanding mungkin tidak.
“Ia hanyalah untuk meraikan kawan-kawan dan menguar-uarkan mengenai perkahwinan kami,” ulasnya lagi.
Azri berkata sedemikian ketika ditemui dimajlis sidang media drama Tanah Kubur yang berlangsung di Dadi Cinema, Pavilion, Kuala Lumpur pada Selasa.
Sementara itu, pelakon filem Pontianak Harum Sundal Malam ini turut mendedahkan hubungannya bersama bekas isteri yang juga merupakan selebriti Ellie Suriaty kini lebih baik selepas berpisah.
“Saya dengan bekas isteri memang sangat baik. Rasanya lebih baik daripada ketika kami berkahwin. Kita berasa lebih bebas untuk bercakap apa sahaja.
“Kalau berjumpa, kami akan berbual seperti biasa. Saya akan tanya fasal anak dan rutin kerja dia. Kalau tak cukup duit pun, kami tiada masalah nak minta satu sama lain.
“Hubungan kami tak seperti bercerai cuma duduk berasingan. Saya kini bersahabat baik dengan Ellie,” kongsinya lagi.
Ditanya adakah dia bakal menjemput Ellie di majlis perkahwinannya nanti, ini respon yang diberikan oleh Azri;
“Sudah tentu saya akan jemput. Datang atau tidak, itu hak dia,” katanya.
Ketika ramai pasangan suami isteri yang memilih untuk terus memutuskan hubungan selepas bercerai, Azri pula merasakan dirinya masih mempunyai tanggungjawab terhadap keluarganya.
“Tak eloklah sebegitu. Bersama Ellie merupakan kali kedua saya gagal dalam mendirikan rumah tangga. Dengan isteri ketika perkahwinan pertama pun saya masih baik.
“Anak-anak juga masih sayangkan saya. Kami tidak putuskan hubungan. Saya bagi nafkah semampu yang saya boleh. Saya akui, ada kalanya saya ada terlepas juga tapi bila saya ada tawaran atau projek, saya akan bayar.
“Saya tanggung anak-anak saya. Saya tak takut dengan manusia tapi saya takut bila Allah tanya saya nanti. Dengan manusia, mungkin saya malu tapi dengan Allah saya ngeri,” akhirinya.
Untuk rekod, Ellie dan Azri atau Azri Iskandar Zulkiffly, 55, bercerai talak satu pada 17 Mei tahun lalu.
Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Azrell Omar, 18, dan Nur Azreen, 14 tahun.
Menerusi perkahwinan terdahulu, Azri juga dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Afiq Iskandar, 31, Farah Qistina, 29 dan Nur Anis Mastura, 27 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Terkenal dengan strategi menampilkan artis popular di dalam mempromosikan produk makanan dipasarkan, jenama Pak Mat Western (PMW) Cafe terus disifatkan sudah berada di tahap ‘another level’.
Selepas menampilkan Rina Nose di samping Adik Haziq, terbaharu gabungan Yayan Ruhian dan Beto Kusyairy pula ditampilkan jenama ini.
Yayan yang juga pelakon bertaraf Hollywood kelahiran Indonesia digandingkan buat kali pertama dengan Beto sekali gus mengembalikan memori kolaborasi mereka dalam filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan dan terbaharu mereka turut berlakon dalam filem The Original Gangster.
Gandingan mereka juga serentak dengan pelancaran pembungkusan semula produk kambing perap PMW dipanggil Pek Murahdani berharga RM37.90 dengan berat 550 gram diperkenalkan sejak bulan lalu.
Ketua Pegawai Strategi PMW Group, Nurina Izz Zayani berkata kemunculan Yayan dan Beto itu sebagai meneruskan tradisi kemuafakatan Malaysia dan Indonesia sebagai negara serumpun.
“Persetujuan dicapai oleh kedua- dua artis yang bukan lagi asing sesama mereka. Penggambaran dibuat di sebuah kediaman di Petaling Jaya minggu lalu mengambil tempoh 10 jam.
“Kita juga lihat gabungan dua bakat hebat dua negara ini bukti jenama bumiputera seperti kami tak lupa meraikan mereka yang benar-benar hebat.
“Yayan sendiri bukan pelakon calang-calang. Beliau sudah membintangi banyak filem Hollywood. Yayan paling diingati menerusi wataknya sebagai Tasu Leech dan filem ikonik Star Wars: The Force Awakens. Beliau turut membintangi filem John Wick: Chapter 3, Beyond Skyline, sekuel The Raid, Yakuza Apocalypse, dan lain-lain.
“Dalam Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, watak antagonis Toga terus diingati. Beto pula umum tahu, dia seorang pelakon berjiwa besar dan setiap kemunculannya pasti ditunggu,” kata Nurina Izz.
Jelasnya lagi, menyatukan dua nama besar itu juga menjadi kebanggaan jenama tersebut.
Sebelum ini jenama sama kerap menampilkan artis dan personaliti termasuk Lisa Surihani, Shukri Yahaya, Hannah Delisha, Sharnaaz Ahmad, Noor Nabila, Bell Ngasri dan ramai lagi.
Terdahulu video iklan berlatar belakang sekitar era tahun 1980-an menampilkan Yayan dan Beto dilancarkan enam petang tadi di YouTube, Facebook, Instagram dan akaun media sosial rasmi PMW.
Tak ketinggalan Yayan dan Beto turut memuat naik video iklan sama di platform media sosial masing-masing.
Menerusi video aksi dan komedi dimuat naik itu, Yayan digambarkan sebagai watak hero. Manakala, Beto pula sebagai antagonis menjadi gangster.
“Jalan ceritanya menarik kerana Beto yang melakonkan watak jahat dan ‘langsi’ terpaksa memenuhi permintaan isterinya yang mengidam kambing perap.
“Bagaimanapun, usaha mendapatkan kambing perap itu tidak mudah kerana Beto harus mendapatkannya daripada Yayan. Pelbagai cabaran dan rintangan harus ditempuhi Beto,” kata Nurina Izz.
Yayan di dalam video itu digambarkan sanggup menjaga dan melakukan apa saja demi mempertahankan kambing perap disayangi.
Namun, hati Yayan tiba-tiba lembut dan sanggup berkongsi kambing perap itu dengan Beto dan isterinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...