Uncategorized

Bersalin Sambil Berdiri Di Tepi Jalan Lepas Shopping

Share

Huish kental betul jiwa seorang ibu yang telah mengejutkan ramai orang baru-baru ini.

Jika setiap wanita mengimpikan untuk melahirkan anak di hospital atau rumah dalam keadaan yang selesa, ibu yang berasal dari Cina ini dikatakan sungguh tenang melahirkan anak di tepi jalan sewaktu sedang membeli belah.

Kejadian berlaku di sebuah pasar yang terletak di Yunfu, China.

MH Online difahamkan ibu tersebut sebenarnya baru sahaja membeli barangan di pasar dan sedang berjalan untuk pulang.

Namun tiba-tiba dia membongkokkan badan lalu air ketubannya pecah. Dalam beberapa saat selepas itu, bayinya keluar walaupun si ibu masih dalam keadaan berdiri.

Terkejut dengan apa yang terjadi, orang ramai turut mengelilingi wanita tersebut dan memerhatikan apa yang mungkin berlaku seterusnya.

Selang beberapa saat, beberapa orang wanita datang dan berikan bantuan dengan mengangkat bayi yang berada di atas jalan dan membawa si ibu tersebut ke tepi sementara menanti ambulans.

Kemudian, apabila pihak ambulans tiba, pakar perubatan tersebut segera membersihkan anak yang baru dilahirkan sebentar tadi. Si ibu hanya berdiri sambil cekak pingang melihat bayinya itu sedang dibersihkan.

Namun lebih memeranjatkan apabila si ibu ini mendukung anaknya dan meneruskan perjalanannya untuk pulang ke rumah dengan berlumuran darah.

Walaupun bagi kita kelihatan seperti sangat sukar, namun si ibu kelihatan tenang dan berjalan seperti tiada apa yang terjadi.

Fuh, memang kuat betul si ibu ini. MH Online tak boleh bayangkan macam mana seorang ibu yang baru bersalin berjalan kaki seperti itu.

Apa pun ini dia video yang sempat orang awam di sekitar tempat kejadian sempat rakam…

IKLAN