Uncategorized

Berlakon Watak Mualaf, Ada Peminat Tanya Sean Lee Sunat Ke Tak?

Share

Pelakon makin meningkat naik, Sean Lee baru-baru ini berkongsi satu pengalaman melucukan di insta stort Instagram miliknya.

MH difahamkan soalan itu muncul berikutan penglibatan Sean dalam drama ‘Sepasang Awan Putih’ lakonannya bersama Hanna Aqeela di mana pelakon tersebut melakonkan watak seorang lelaki mualaf.

Disebabkan terdapat beberapa perkongsiannya di laman IG di mana dia harus bersolat dan ke masjid, ada peminat yang bertanya sama ada di bersunat atau tidak.

“Apa punya soalan ni?” tulisnya.

Dalam perkongsian lain pula, kelihatan Sean hanya mampu ‘redha’ dengan soalan-soalan maut peminat.

Sementara itu, menerusi pemerhatian MH di ruangan komen pula, rata-rata peminat mendoakan agar Sean mendapat hidayah menerusi watak yang dibawanya.

Nampaknya nama Sean semakin mendapat tempat di hati peminat terutamanya masyarakat melayu selepas muncul dalam drama My Coffee Prince dahulu.

Apa-apapun MH tak sabar nak lihat lakonan Sean dalam drama tersebut. All the best!

Sumber: IG Sean Lee

IKLAN