Setelah hampir dua tahun berehat daripada dunia lakonan, pelakon Zahirah Macwilson mengakui dirinya rindu untuk kembali ke set penggambaran.

Bagaimanapun, menurut Zahirah, dia dan suami yang juga aktor, Aiman Hakim Ridza kini melalui fasa untuk bergilir-gilir dalam menerima tawaran lakonan demi memastikan soal membesarkan anak-anak tidak terabai.

“Berlakon Pekerjaan Kami,” – Zahirah Macwilson Bergilir-Gilir Terima Tawaran Lakonan Dengan Suami, Mahu Yang Terbaik Untuk Anak

“Berlakon merupakan pekerjaan kami. Walau ada perasaan rindu setelah lama tidak berlakon, saya juga perlu pastikan mental saya betul-betul bersedia. Tak sesuai rasanya jika baru lepas bersalin, kita terus masuk ke set penggambaran.

“Kita kena pastikan anak-anak okay. Tak nak nanti masuk ke set asyik terfikir dan rindukan anak-anak.

“Sehingga saat ini, saya masih fikirkan anak-anak namun bila mereka sudah capai satu peringkat usia, saya boleh tinggalkan mereka kepada pembantu.

“Saya dan Aiman memang bergilir-gilir apabila menerima tawaran berlakon. Kini, giliran Aiman pula tengokkan anak-anak. Kalau boleh, kami tidak mahu tinggalkan anak sepenuhnya kepada pembantu,” katanya kepada MH.

Ibu kepada dua cahaya mata ini ditemui ketika berada di set penggambaran drama Good Boys Go To Heaven di ibu negara, baru-baru ini.

Menangis Ketika Baca Skrip

Berkongsi lanjut mengenai watak Dahlia yang dibawa dalam drama Astro Original terbabit, Zahirah mendedahkan naskhah tersebut memberi impak besar terhadap mentalnya.

Ads

“Berlakon Pekerjaan Kami,” – Zahirah Macwilson Bergilir-Gilir Terima Tawaran Lakonan Dengan Suami, Mahu Yang Terbaik Untuk Anak

“Saya akui watak ini sangat berat. Ini pertama kali saya terlibat di dalam drama bergenre psycho thriller yang penuh mendebarkan.

“Drama ini banyak berkisarkan tentang emosi seorang ibu dan kesihatan mental. Bila sesi pembacaan skrip, saya menangis. Watak ini memang mengganggu emosi saya.

“Sebagai ibu, kita memang tak fikirkan perkara buruk yang menimpa anak-anak kita. Saya tak nak fikirkan bagaimana perasaannya bila terpaksa hilang anak.

“Jadi, untuk saya lontarkan setiap bait dialog, saya jadi emosi. Saya perlu buat persiapan mental. Ada kalanya saya perlu mengasingkan diri seketika. Bila masuk ke set, semua pelakon jalankan tugas mereka dengan baik,” ujarnya lagi.

Ads

“Berlakon Pekerjaan Kami,” – Zahirah Macwilson Bergilir-Gilir Terima Tawaran Lakonan Dengan Suami, Mahu Yang Terbaik Untuk Anak

Dalam masa sama, Zahirah turut meluahkan rasa terujanya kerana berpeluang bergandingan dengan pelakon hebat, Beto Kusyairy.

“Berlakon Pekerjaan Kami,” – Zahirah Macwilson Bergilir-Gilir Terima Tawaran Lakonan Dengan Suami, Mahu Yang Terbaik Untuk Anak

“Kita memang tahu kemampuan Beto Kusyairy. Dia merupakan antara pelakon terbaik negara ketika ini. Sangat mudah untuk bekerjasama dengan Beto. Dia sangat memahami dan kami langsung tidak berasa janggal.

“Kami berdua terbuka untuk berbincang. Rasa kami punyai keserasian yang baik ketika di dalam skrin. Ada kalanya kita tak perlu bercakap pun.

Ads

“Cara dia balas dan menerima dialog juga sangat baik. Kerja saya jadi mudah,” akhirinya.

Good Boys Go To Heaven diarahkan oleh Ariff Zulkarnain dan merupakan naskhah tulisan Mira Mustaffa.

“Berlakon Pekerjaan Kami,” – Zahirah Macwilson Bergilir-Gilir Terima Tawaran Lakonan Dengan Suami, Mahu Yang Terbaik Untuk Anak

Ia mengetengahkan realiti mengenai isu kesihatan mental serta gangguan seksual dalam kalangan lelaki yang jarang dibicarakan.

“Berlakon Pekerjaan Kami,” – Zahirah Macwilson Bergilir-Gilir Terima Tawaran Lakonan Dengan Suami, Mahu Yang Terbaik Untuk Anak

Selain Zahirah dan Beto, drama ini turut dibintangi Amerul Affendi, Malek Mccrone dan Mila Mohsin.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads