Bagi anda yang pernah menonton drama sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu sekitar tahun 90-an, sudah pasti sinonim dengan watak Lucy lakonan Angeline Tan.
Selepas hampir 25 tahun menceburi dalam bidang lakonan, kini Angeline mengambil satu langkah ke hadapan, berlakon dalam drama bersiri bertaraf antarabangsa, The Ghost Bride.
Lalu, bintang berusia 52 tahun ini meluahkan rasa syukur dan berbangga kerana diberi peluang yang diimpikan selama ini.
“Tentunya berasa bangga dan bersyukur kerana dipilih untuk memainkan satu peranan atau watak yang penting dalam drama ini.
“Saya memegang watak sebagai seorang ibu yang anaknya sudah meninggal dan suami dia tiada di sisi. Jujurnya ia tidaklah watak yang besar tapi ada sedikit penting dalam penceritaan drama secara keseluruhan.
“Watak sebagai Madam Lim tidak banyak babak dalam drama ini, jadi cabaran buat saya bagaimana mahu tonjolkan watak ini kepada penonton,
“Oleh itu, peranannya sangat penting supaya karakter dan watak itu dapat diingati semua,” katanya optimis.
Ads
Menurut pelakon berusia 54 tahun ini lagi, dirinya berasa sangat bertuah kerana diberi peluang berlakon drama bersiri yang bertaraf antarabangsa.
“Apa yang saya boleh katakan sebenarnya ia bergantung kepada nasib sebab kebetulan watak yang ditawarkan sesuai dengan diri saya. Saya hadiri ujibakat dan bernasib baik saya dipilih.
“Kalau tiada watak tersebut dalam drama ini, Angeline pun tidak akan dapat peluang ini,” kongsinya lagi kepada MH.
Di samping itu, Angeline menasihati kepada pelakon baru untuk sentiasa berusaha dan kerja kuat jika mempunyai impian untuk berlakon di peringkat yang lebih tinggi.
Ads
“Apa pun peluang yang datang, kita kena kerja kuat dan buat yang terbaik tidak kisah berlakon untuk dalam negara mahupun peringkat antarabangsa.
“Setiap peluang kita kena jadikan sebagai satu benda yang penting,” jelasnya lagi.
Sementara itu, Angeline turut berkongsi antara perbezaan melakonkan watak komedi dan serius, memandangkan dirinya sebelum ini cukup cenderung dikenali dengan watak santai.
Ads
“Bagi saya, lagi senang untuk melakonkan watak serius berbanding komedi kerana untuk membuat orang ketawa bukan satu perkara yang mudah.
“Kita kena faham peranan kita dalam sesuatu watak. Contohnya, bila berlakon serius kita tidak memerlukan banyak tenaga berbanding melakonkan watak komedi.
“Tapi kadang-kadang ada rasa juga rasa rindu untuk berlakon watak komedi,” akuinya lagi.
Drama bersiri The Ghost Bride merupakan sebuah drama tempatan bahasa Cina yang pertama memasuki pasaran dunia melalui laman strim video ‘Netflix’.
Selain Angeline Tan, drama ini turut dibintangi pelakon dari Taiwan seperti Huang Peijia dan Chris Wu.
Drama rantaian The Ghost Bride mempunyai 6 episod ini bakal menemui penonton bermula pada 23 Januari depan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon senior, Didie Alias menempelak tindakan sesetengah individu dalam produksi yang didakwa memberi alasan ketiadaan bajet meski stesen televisyen sudah meluluskan barisan pelakon dalam sesebuah naskhah.
Perkara tersebut disuarakan bintang drama Kum Kum: The Series itu menerusi satu potongan video pendek dan ia dimuat naik menerusi Instagram, lewat hari ini.
Malah, bintang versatil itu turut mendedahkan perbualan WhatsApp, dipercayai terkait dengan hal yang diperkatakan.
“Aku nak beritahu petang-petang ni, nak kasi angin aku dah lama tak borak dekat aku punya IG dan Facebook ni. Aku rasa aku dah berlakon sudah lama. So kepada EP atau pun produser yang nak offer aku berlakon, pastikan korang ni ada bajet.
“Kalau tak ada bajet, tak payah hubungi aku. Kau ‘holdkan’ aku berapa hari… 10 hari, dua minggu, untuk aku tunggukan korang bercakap.
“Last-last kau mungkin tak dapat ambil job lain, tolak job lain, akhirnya esok lusa kau nak shooting, kau boleh buang aku macam tu. Alasan bajet tak ada,” luahnya.
Jelas Didie lagi atas apa yang berlaku, pihak terbabit didakwa menyalahkan stesen TV.
“So aku tanya mahal sangatkah aku minta untuk korang bayar kat aku? Jadi kau tak payahlah cadang dekat stesen (TV)?
“Lepas tu nama aku dah diluluskan. Hujung-hujung lepas tu deal bajet korang tak ada.
“Kau cerita apa ni, aku bukan minta satu episod RM5,000 ke, RM3,000 ke untuk satu jam punya slot. Lepas tu aku tanya kau senyap.
“Last-last kau salahkan stesen. Apa masalah korang? Stesen meluluskan artis. Kau faham?,” katanya lagi.
Serentak dengan perkongsian berkenaan, para peminat termasuk rakan selebriti turut meninggalkan komen pelbagai terhadap entri yang sudah pun mendapat hampir 2,000 tanda suka itu.
Meluahkan rasa syukur kerana kehadiran suami tercinta dalam hidupnya, Noorainul Naqim Mohd Radzi atau lebih dikenali sebagai Dr. Aerin berasa tenang dan gembira ketika suaminya, Nik Farhan mengadakan ceramah agama.
Kongsinya, setiap kali Farhan mengadakan ceramah, pasti akan timbul perasaan sebak mendengar setiap kata-kata suaminya itu yang menusuk kalbu.
“Setiap kali dengar ceramah Ustaz Farhan, mesti berlinang air mata, air hidung semua.
“Menuntut ilmu dunia buat kita jadi lagi riak tp bila menuntut ilmu akhirat ni buat diri sendiri rasa sangat hina, sangat bodoh & lebih mensyukuri setiap nikmat dan ujian yg diberi.
“Allah nak naikkan darjat kita dgn dua benda. Pertama, dengan ilmu. Kedua, dengan ujian,” tulisnya.
Dalam pada itu, Aerin turut berterima kasih pada suaminya kerana sentiasa memberikan ilmu agama dan duniawi kepadanya.
“Tq very much Ustaz Farhan bagi saya ilmu berguna semalam. Saya suka betul bab ikhlas tu. Deep but clear. Bagai mencari semut hitam di atas batu yg hitam di malam hari yg gelap gelita.
“Bagai surah Al-Ikhlas. Tak ada jmp perkataan Ikhlas di dalam surah bernama Ikhlas. Masyallah beruntungnya bagi org2 yg mahu mengetahui. Syukur dpt berkenalan dgn kwn2 baru disana,” akhirinya.
Terdahulu, pasangan itu telah bernikah di Tanah Suci Mekah.
Farhan sebelum ini pernah berkahwin dengan Fatin Nurul Ain Mat Aris dan bercerai dengan talak satu.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang anak, Fariha, 1 tahun 6 bulan dan seorang anak lelaki yang dilahirkan pada 5 Januari lalu.
Penyanyi Mell Sakura mengakui hatinya tersentak apabila kemunculan semulanya di Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) disifatkan oleh segelintir pihak sebagai sesuatu yang menjijikkan.