Uncategorized

Berita Baik! Train To Busan 2 Dalam Perancangan

Share

Pengarah filem Train To Busan, Yeon Sang-ho mengesahkan dia kini dalam proses perancangan untuk membuat filem sekuel popular itu.

Katanya kepada media Korea, segalanya masih dalam perancangan dan masih tiada kata putus mengenai filem itu lagi.

“Setakat ini, kami hanya ada versi awal senario yang bakal dilakukan dalam filem sekuel ini, tajuk pun masih belum ada, pelakon apatah lagi.

 

“Kemungkinan besar, semua pelakon awal dalam Train To Busan tidak akan ada dalam filem sekuel ini.

 

“Namun begitu, apa yang pasti, filem sekuel ini adalah kesinambungan daripada filem pertama apabila virus itu telah merebak ke seluruh negara, cuma bezanya… adalah fokus utama sekarang adalah bandar dan bukannya kereta api.

 

“Penggambaran dijangka bermula awal tahun hadapan,” katanya dalam satu sidang media pada Isnin.

Filem Train To Busan menjadi fenomena pada tahun 2016 lalu dengan kutipan ‘Box-Office’ mencecah RM381.34 juta di seluruh dunia.

Filem itu juga turut memecah rekod filem Korea Selatan paling tinggi kutipannya di Malaysia, Hong Kong dan Singapore.

sumber: Soompi

IKLAN