Uncategorized

Berita Baik! BR1M Akan Diberi Sebelum Hari Raya

Share

Sejak Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) diperkenalkan, tidak dinafikan ia sangat membantu rakyat walaupun tidak sepenuhnya.

Mungkin disebabkan itulah, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengambil keputusan untuk meneruskan pemberian bantuan tersebut kepada rakyat.

Berikutan itu, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menerusi akaun Twitternya memberikan kenyataan bahawa bantuan BR1M akan diberikan kepada mereka yang memerlukan sebelum Hari Raya Aidilfitri.

“Seperti yang diarahkan oleh Tun @Chedetofficial, BR1M (yang akan diberikan nama lain) akan dibayar pada bulan Jun sebelum Hari Raya Aidilfitri.

“Maklumat lanjut akan diumumkan pada minggu hadapan,” katanya menerusi kenyataan tersebut.

MH difahamkan seramai 7 juta rakyat akan menerima bantuan tersebut.

Susulan itu, MH lihat di ruangan komen terdapat ramai netizen yang memberikan pandangan mereka mengenai perkata tersebut.

Ada yang menyokong, namun tidak kurang yang memerli tindakan Kerajaan kerana sebelum ini mereka lantang bersuara mengatakna bahawa BR1M adalah rasuah.

Pada MH, bantuan tersebut datang tepat pada masanya kerana orang ramai tentunya memerlukan banyak duit semasa musim perayaan kan?

Sekurang-kurangnya, dapatlah berbelanja lebih sikit untuk Aidilfitri tahun ini kan?

Apa-apapun, pada MH, kalau orang nak bagi tu, terima sahaja lah.. Hehehe…

IKLAN