Categories: Uncategorized

Beri Bayangan Nama Anak, Haqiem Rusli Buat Peminat Tak Senang Duduk!

Share

Penyanyi, Haqiem Rusli dilihat seakan-akan memberi banyangan tentang nama-nama yang akan diberikan kepada anaknya suatu hari nanti.

Cadangan tersebut dikongsikan Haqiem melalui akaun Twitter miliknya.

Jelas penyanyi Tergantung Sepi itu, sekiranya dikurniakan anak lelaki, dia ingin menamakan anak tersebut Ridzuan Harris Adam bin Ridzuan Haqiem manakala kalau perempuan akan diberikan nama Sharmaine Dian Amelia binti Ridzuan Haqiem.

Tweet tersebut nyata membuat peminat fanatik Haqiem berasa teruja dan tidak kurang juga yang tidak senang duduk.

Lantaran itu, Haqiem meminta peminatnya supaya bertenang kerana ia hanyalah sekadar tweet gurauan dan tidak lebih daripada itu.

Wah, jauh betul Haqiem Rusli fikir ye! Agak-agaknya dah jumpa calon isteri ke?

MH doakan semoga hajat Haqiem untuk menimang cahaya mata akan tercapai suatu hari nanti.

Foto: Twitter

IKLAN