Uncategorized

Berhibur Dalam Mood Merdeka Bersama Khai Bahar, Shahir Zawawi & Ara Johari Esok!

Share

Masih merasai bahang kemerdekaan negara yang ke-61 hari ini, apa kata luangkan masa untuk sama-sama berhibur dengan penyanyi tiga popular iaitu Khai Bahar, Ara Johari dan Shahir Zawawi esok di Batu Caves, Selangor.

Selain menghiburkan, mereka juga bakal menggamatkan majlis pembukaan cawangan terbaru Teh Tarik Place Kip Hotel, bermula dari jam 2 sehingga 6 petang.

Menariknya, majlis yang mengambil tema baju kebangsaan anjuran Cuisine Inspire Sdn Bhd ini turut dimeriahkan dengan cabutan bertuah, peraduan mewarna, pakaian tercantik dan banyak lagi.

Pada masa sama, penyampai radio yang baru sahaja menimang cahaya mata kedua, Haziq Hussni pula bertindak selaku hos dan ramai-ramai dijemput hadir ke Teh Tarik Place Kip Hotel, Sri Utara Bussiness Park, Kuala Lumpur bagi memeriahkan program!

Layari terus laman Instagram @tehtarikplacesetapakcentral atau laman Facebook Teh Tarik Place Setapak Central & Teh Tarik Place Kip Hotel untuk info lanjut okay!

IKLAN