Categories: Uncategorized

“Bergelak Ketawalah, Tak Kena Pada Anda Semua,” – Jumpa Barangan Ritual Di Rumah Arwah Abam, Ali Puteh Kecewa Dituduh Reka Cerita

Share

Setelah membuat pendedahan mengenai penemuan beberapa barangan ritual yang dijumpai di kawasan rumah abangnya, Allahyarham Abam Bocey sejurus kedangan kakak iparnya, Nor Hidayah, pelawak, Ali Puteh akui kecewa selepas dituduh hanya mereka-reka cerita.

Jelas Ali, perkara seperti ini tidak boleh dibuat main lebih-lebih lagi ia turut melibatkan ahli keluarga yang lain.

“Bergelak ketawalah dengan sindirian komen taburan garam limau dan bangkai itu sebagai jenak. Ada yang komen ini rekaan.

“Siap tulis jangan lupa tambah garam dalam masakan. Tidak kena pada anda semua. Kalau kena pada yang komen tu semua, tahulah nanti. Baru tahu apa yang kami sekeluarga rasa,” tulisnya.

Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh Ali menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.

Dalam pada itu, Ali turut mendoakan agar si pelaku memperoleh keampuan daripada Allah SWT.

“Ini barang jangan dibuat main. Pada si penabur barang-barang tu, jangan risau. Kita dah pulangkan barang kamu.

“Kita tak berminat dengan barang kamu. Semoga Allah beri keampunan dengan apa yang telah dibuat,” kongsinya lagi.

Terdahulu, menerusi perkongsian video di laman Instagram pada Jumaat, Hidayah dikatakan telah datang ke rumah peninggalan suaminya.

Bagaimanapun, kehadiranny itu dikatakan tidak diendahkan meski kereta dan motosikal berada di luar rumah.

Pada masa sama, Hidayah turut menggesa adik iparnya yang juga merupakan pelawak, Ali Puteh untuk mempercepat proses pembayaran saman dan serahan kunci rumah.

Selepas kepulangan Hidayah, Ali pula mendakwa telah menjumpai barangan ritual seperti garam, limau dan bangkai mengkarung di kawasan rumah abangnya itu.

Sekadar informasi, pada 18 Februari 2022, Hakim Mahkamah Sesyen, Zulqarnain Hassan membenarkan tuntutan saman Siti Nor Hidayah selepas berpendapat hantaran Syed Ali dalam akaun Instagramnya pada 10 Februari 2020 menjatuhkan maruah dan mengaibkan kakak iparnya.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Ali Puteh

IKLAN