Ads

Bergari, Diiringi Polis Bertugas, Boy Iman Ditahan Reman Sekali Lagi!

Baru sahaja lancarkan single terbaru, kini Datuk Boy Iman, Pengarah Urusan DBI Properties telah ditahan reman selama dua hari bermula semalam berhubung dengan kes penipuan projek pembinaan rumah banglo.

Melalui laporan Harian Metro perintah telah dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret, Roslan Mohd Nor mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu selepas dipohon polis untuk membantu siasatan.

Menerima lebih 210 laporan berhubung skim penipuan, projek perumahan DBI Properties, Boy Iman telah hadir ke mahkamah pada 11 pagi semalam dengan keadaan tangan bergari serta diiringi polis bertugas.

Ads

Terdahulu Boy Iman ditahan reman di atas tuduhan yang sama membabitkan nilai RM6.8 juta bersama tiga pengarah syarikat Juta Kelulut Global Resources termasuk seorang wanita berusia antara 30 hingga 45 tahun.

Ads

Ads

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Terus Terbang Tinggi, Kami Merayakan Kemenanganmu,” – Dedikasi Buat Misha Omar...

Penyanyi Misha Omar tumpang gembira dengan kejayaan yang diraih rakan penyanyi, Ernie Zakri yang dinobatkan sebagai penerima Anugerah Bintang Paling Popular ke-37 (ABP37), malam tadi.
error: Hello. Cannot.