Uncategorized

Berenang Bersama Ikan Lumba-lumba, Neelofa Ditegur Pengacara TV Tempatan

Share

Dikala Neelofa sedang bergembira menikmati percutiannya di Dubai, ada beberapa pihak yang kurang selesa dengan tindakan pengacara dan usahawan muda berjaya ini.

Seperti yang kita tahu baru-baru ini Neelofa ada berkongsi beberapa keping gambar dirinya berenang bersama ikan lumba-lumba di Instagram.

Walaupun ramai yang memuji dan cemburu dengan peluang yang dapat dirasai oleh Neelofa namun ada juga beberapa pihak yang menegur tindakkan Lofa yang dikatakan mengeksploitasi haiwan terancam tersebut.

Melalui posting di Twitter, seorang pengacara dan personaliti Rina Omar menyuarakan untuk menghentikan segala penderaan haiwan seperti penggunaan kereta kuda, berenang bersama ikan lumba-lumba dan sebagai dengannya.

“Maaf Neelofa, anda miliki rupa dan kejayaan dan sebagainya tetapi dengan menyokong dan menggalakkan lagi aktiviti berenang bersama ikan lumba-lumba adalah sesuatu yang tidak membanggakan terutamanya bila akan mempengaruhi peminat anda yang ramai.

 

“Bersangka baik, mungkin kurangnya kesedaran.

 

“Kita semua suka ikan lumba-lumba tetapi tidak akan menganggu kewarasan dan kesihatan ikan tersebut hanya untuk memberi kepuasan pada diri kita.

 

“Cara yang terbaik (terutamanya apabila berduit) pergi melihat mereka di lautan. Tidak perlu peluk, tunggang dan sebagainya. Ia memberi tekanan yang tidak patut pada haiwan tersebut,” tulisnya akaun twitter.

Bagaimanapun beberapa pengikut Rina kurang bersetuju dengan kata-katanya.

 

 

 

IKLAN