Uncategorized

Berat Badan Nora Danish Naik 10kg Sejak Hamil

Share

Tak lama lagi pelakon cantik, Nora Danish bakal menimang cahaya matanya yang kedua.

Setiap wanita hamil pasti pernah melalui pelbagai simtom kehamilan dan begitu jugalah yang dilalui oleh Nora.

Baru-baru ini MH sempat meninjau Instagram milik Nora untuk mengikuti perkembangan dirinya dan MH tertarik kepada salah satu posting Nora yang menunjukkan baby bumpnya sudah semakin membesar.

Menurut kapsyen yang ditulis oleh Nora pada posting tersebut, dia mengakui kehamilannya kali ini sedikit berbeza dengan pengalamannya sebelum ini dan berat badannya juga bertambah sebanyak 10 kilogram sejak dia hamil.

“17 weeks to go. Definitely a different experience than the first one. Ney Ney is so active , Ney Ney would wake me up in the middle of the night when Ney is hungry. So it’s hard for me to control my food sometimes. 🙂 I gained 10kgs from this pregnancy ( for now ) ?. As long as my baby is healthy , mommy is more than happy to carry these weights.

 

Because Ney moves a lot all the time,It feels like Ney is dancing inside me. Hehe.
#nenojr,” tulis Nora.

Mungkin apa yang dilalui pleh Nora ini adalah simtom pembawakan bayi.

Bagi MH tidak mengapalah jika berat badan naik tapi Nora dan bayi dalam kandungan masih dalam keadaan sihat. Apa yang penting adalah kesihatan.

Rata-rata pengikut juga peminat Nora pula mendoakan agar segala urusan dipermudahkan sehingga saat melahirkan nanti dan ada juga yang turut teruka melihat baby bump Nora yang semakin membesar.

Sumber: Instagram Nora Danish

 

IKLAN