Uncategorized

Berang Dengan Nabil Sebab Tweet Berbaur Perli Terhadap Fattah

Share

Semalam, pengacara, pelakon dan pelawak Nabil Ahmad ini telah retweet satu artikel mengenai pelakon popular, Fattah Amin tidak boleh berjemur.

Lalu di ruang status retweet itu Nabil telah menulis,

“Fuuh power!! Level Hollywood! Mcam ni laaa baru artis!,” tulisnya.

Nampaknya apa yang ditulis oleh Nabil itu mendapat kecaman yang hebat daripada netizen sehingga ada yang meninggalkan komen dengan mengatakan walaupun sudah bergelar haji namun perangai tidak seperti seorang yang berstatus haji.

Rata-rata netizen juga nampaknya berang dengan apa yang diperkatakan oleh Nabil. Mereka turut meluahkan rasa tidak puas hati kepada Nabil yang kelihatan agak keterlaluan.

Walau bagaimanapun ada segelintir netizen yang menyokong kata-kata Nabil itu dan menganggap apa yang ditulis oleh Nabil itu adalah satu gurauan.

Terdahulu pada bulan Jun yang lalu, Nabil telah menerima satu link berkaitan isu ketidak hadiran Fattah dalam program MeleTOP daripada peminat Fattah di Instagramnya. Bukan sahaja memberi pautan link malah peminat kepada Fattah ini telah menyebut nama Nabil serta pasangan pengacaranya Neelofa agar menjadikan apa yang berlaku sebagai iktibar.

Rentetan daripada mesej peminat Fattah itu, Nabil telah menjawab mesej tersebut dengan jawapan yang cukup tegas.

Baca artikel ini: Nabil Berang, Sound Peminat Fattah?

Apapun perkara itu telah lama berlalu dan mungkin seperti kata segelintir netizen bahawa Nabil hanya bergurau sahaja.

Sumber: Twitter Nabil Ahmad

IKLAN