Ads

“Benda Baik Akan Diduga,”- Dari Tabung Derma Ke Yayasan, Janna Nick Bangga Pencapaian WFTH

Pelakon dan penyanyi, Janna Nick meluahkan rasa syukur apabila projek Wish For Their Hope (WFTH) yang dahulunya hanya tabung derma, kini bertukar menjadi sebuah yayasan.

Katanya, dia bersyukur atas pencapaian ini walaupun pada mulanya tindakannya itu dikecam pelbagai pihak.

Berita gembira itu telah dikongsikan oleh Janna menerusi tweet di laman Twitter miliknya.

“WFTH IS OFFICIALLY A YAYASAN!!!! Wohoooo Alhamdulillah! Benda yang baik akan diduga dgn kuat.

Ads

“Jom join memberi kepada yang memerlukan. Will update u guys soon!!!! aahhh can’t wait,” tulisnya.

Dalam pada itu, Janna turut mempelawa orang ramai untuk sama-sama menghulurkan bantuan bagi mereka yang memerlukan di yayasan tersebut.

Ads

Di ruang komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah selain turut memuji usaha murni yang ditunjukkan oleh penyanyi lagu Akan Bercinta itu.

“Benda Baik Akan Diduga,”- Dari Tabung Derma Ke Yayasan, Janna Nick Bangga Pencapaian WFTH

Ads

“Benda Baik Akan Diduga,”- Dari Tabung Derma Ke Yayasan, Janna Nick Bangga Pencapaian WFTH

Sebelum ini, Janna pernah diserang netizen gara-gara mengenakan caj sebanyak RM50 bagi rakaman ucapan ulang tahun kelahiran mana-mana individu yang berhajat menggunakan perkhidmatannya.

Dalam perkembangan lain, Janna akan muncul menerusi drama rantaian bercorak ketenteraan, Leftenan Zana yang turut dibintangi Redza Rosli, Ameerul Asyraf dan ramai lagi.

Foto: Twitter Janna Nick

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

GV12: 59.50% Tak Cukup Selamatkan Rahmat Ekamatra, Mendua ‘Mendonia’ 74% &...

Perjalanan bintang Gegar Vaganza 12 (GV12), Rahmat Ekamatra akhirnya terhenti di minggu ketujuh apabila perkara itu diumumkan semasa segmen Ada Lagu Ada Lagi, namun...
error: Hello. Cannot.