Uncategorized

Benarkah Nama Neelofa Bakal Digugurkan Dari Senarai Ikon Wanita Malaysia?

Share

Terkejut MH baca laporan di sebuah portal mengenaik Neelofa.

Jika sebelum ini kita dengar ura-ura Neelofa boleh dikenakan tindakan undang-undang kerana telah mencemar imej Islam di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1977, kali ini desas-desus nama Neelofa bakal digugurkan daripada Ikon Wanita Malaysia turut menjadi perbualan hangat.

Melalui Malaysia Gazette, kerana terpalit dengan kontroversi majlis hari lahir dan pelancaran tudung di kelab malam itu, namanya bakal di gugurkan dalam senarai yang bakal dianjurkan oleh sebuah kementerian.

Semua ini gara-gara tidak mahu terkena tempias daripada kontroversi yang lalu.

MH difahamkan selain namanya, Datuk Vivy Yusuf, Datuk Nurul Hidayah dan Datuk Ziela Jalil juga baka menerima Ikon Wanita berdasarkan kejayaan mereka dalam bidang masing-masing.

Aduh jika benarlah ini terjadi MH sungguh bersimpati dengan Neelofa, MH harap ini hanya sekadar khabar angin dan pihak bertanggungjawab dapat mempertimbangkan semula segala yang terjadi dan beri peluang kedua buat pengacara Meletop ini.

SUMBER: Malaysia Gazette

IKLAN