
Hantaran terkini yang dimuat naik pelakon Ben Amir mencuri perhatian apabila dia berkongsi momen istimewa teman rapatnya yang dikenali sebagai Maiya kini memeluk Islam.
Menerusi perkongsian di Instagram, Ben yang baru sahaja muncul dengan filem Legasi: Bomba The Movie pada Ogos lalu, turut menitipkan dedikasi buat wanita asal Filipina itu.
“Selamat datang ke agama Islam. Luangkan masa anda, belajarlah perlahan-lahan, nikmati keindahannya, dan ketahuilah anda tidak pernah keseorangan.
“Semoga Allah sentiasa melindungi anda. Semoga perjalanan ini membawa anda lebih dekat kepada kedamaian, tujuan, dan diri yang sebenar,” tulisnya.
Detik penuh bermakna itu berlangsung di Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Kuala Lumpur dengan dihadiri insan terdekat.
Meninjau ke ruang komen pula, rata-rata warganet meluahkan rasa syukur serta mendoakan agar Maiya terus kekal istiqamah
dalam mendalami Islam.Malah, beberapa rakan selebriti juga ada menitipkan ucapan tahniah buat Ben dan Maiya.
Ada di antara komen yang ditinggalkan turut mendapat respons balas daripada Ben sendiri.
“Alhamdulillah! One step closer, Ben!,” tulis Puteri Aishah.
“Alhamdulillah,” titip ringkas Riz Amin.
“Congratulation brother,” kongsi Wans Ahmad.
“Masya-Allah, may Allah give blessings and pour love into this journey,” komen Shasha Abedul.
Sehingga kini, hantaran tersebut sudah pun menerima lebih 30,000 tanda suka yang disusuli dengan ratusan komen.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.