Uncategorized

Belum Dikurniakan Anak, Izzue Islam & Pasangan Mungkin Akan Cuba Rawatan IVF

Share

Tidak semua yang kita harapkan akan terjadi dan tidak semua yang kita mahukan akan dapat begitu mudah.

Itulah yang terjadi pada Izzue Islam bersama pasangannya, Awin Nurun. Walaupun sudah hampir lima tahun mendirikan rumah tangga, namun Izzue tetap tidak mengalah dan putus asa berusaha untuk miliki cahaya mata.

Menurut Izzue pelbagai usaha yang dilakukannya namun masih belum ada rezeki untuk miliki anak.

Melalui Harian Metro, Izzue memberitahu tidak bercadang untuk mengambil anak angkat buat masa terdekat kerana percaya setiap yang berlaku pasti ada hikmah.

Izzue tidak menolak kemungkinan besar ini adalah peluang untuk dirinya fokus pada kerjaya dan memperbaiki kehidupan masing-masing terlebih dahulu.

Dalam masa yang sama, Izzue turut memberitahu jika masih tidak dikurniakan anak tahun ini, dia akan mencari jalan terakhir iaitu menggunakan rawatan persenyawaan IVF.

“Ada beberapa usaha yang kami lakukan dan rasanya tidak perlu sebut di sini. Rezeki datang dari Allah SWT dan kami harap usaha dilakukan pada masa ini berhasil.

 

“Ada yang cadangkan IVF (persenyawaan in-vitro) tetapi kami belum sempat jumpa doktor. IVF adalah pilihan terakhir dan mungkin akan dicuba tahun ini,” kata Izzue.

Walaupun begitu, Izzue Islam menolak dakwaan kesibukannya dalam bidang seni dan perniagaan menjadi punca mengapa sehingga kini dia tidak memiliki anak.

.SUMBER: Harian Metro

IKLAN