Categories: Uncategorized

“Belum Cucuk Lagi Dah Sakit Sakit, Propa Je,” – Video Risteena Waktu Disuntik Vaksin Curi Perhatian

Share

Pelakon Nur Risteena baru-baru ini berkongsi momen dirinya sedang menerima suntikan vaksin dos pertama.

Risteena atau nama sebenarnya Nur Risteena Munim Zainul Ilyas, 31, memuat naik video tersebut untuk tatapan umum menerusi Instagram.

Menerusi perkongsian tersebut, dia yang kelihatan seperti takut-takut pada awalnya kembali ceria apabila suntikan yang diterima tidaklah menyakitkan.

“BELUM CUCUK LAGI DAH SAKIT SAKIT SAKIT!!! PROPA JE. Seriously, tak sakit langsung.

“Alhamdulillah Ris dan suami dah selesai our first vaccine. YAY!! Tak sabar for our second vaccine.

“For those yang belum register, cepat register okey! Siapa yang belum dapat date tu, sabar. Insyaallah tak lama lagi tu. GoodLuck semua,” tulis isteri kepada pelakon, Isa Khan ini. 

Sementara itu di ruangan komen, warganet turut sama berkongsi pengalaman masing-masing dan tak kurang yang terhibur melihat gelagat pelakon filem Blok 404 itu sewaktu menerima suntikan.

Sehingga kini, video terbabit sudah pun menerima lebih 150,000 tontonan.

Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.

Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!

Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI

untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!

IKLAN