
Astro terus memperkukuhkan jenamanya sebagai Home of Live menerusi malam kemuncak GMWA2025 di Auditorium MBSA, Shah Alam bukan sekadar penyampaian trofi, tetapi sebuah pengalaman artistik yang digarap dengan disiplin dan cita rasa tinggi.
Persembahan, visual serta produksi pentas disusun rapi, menjadikannya sebagai malam anugerah terbaik.
Masih menjadi perbualan hangat sejak tirai dilabuhkan, GMWA2025 memperlihatkan komitmen Astro sebagai kurator hiburan ‘live’ bertaraf premium bukan hanya menyiarkan keputusan, tetapi membina momen yang berbekas.
Bertemakan ‘Re Culture’, setiap segmen hadir dengan naratif yang tersendiri; daripada pembukaan memukau oleh penari kebudayaan bersama Zeppo Youngsterz yang bertaraf dunia, hingga ke penutup yang menyatukan tradisi dan tafsiran moden dalam harmoni yang elegan.
Dan bagi yang ingin kembali merasai getarannya, kemeriahan malam tersebut boleh distrim semula di Astro One dan sookasebuah malam yang layak diulang, berkali-kali.
Penampilan penyanyi Aisha Retno dilihat berjaya menghangatkan segmen awal, menerusi persembahan penuh tenaga.
Intro lagu yang bergema disokong tata cahaya dinamik dan koreografi kompleks yang kemas, berjaya menaikkan ‘mood’ dewan.
Susunan muzik moden yang segar juga menjadikan pembukaan terasa lebih eksklusif, seolah-olah penonton sedang menyaksikan konsert mega, bukan sekadar acara anugerah!
Momentum itu diteruskan dengan momen paling ‘feel’ apabila Hael Husaini dan Nadeera Zaini berpadu suara menerusi lagu Alangkah dan Peluk.
Gandingan dua vokal berkarakter ini mencipta atmosfera cukup syahdu, seolah-olah dewan bertukar menjadi ruang intim penuh emosi. Harmoni kedua-duanya kedengaran seimbang yang saling melengkapi.
Persembahan ini bukan sekadar duet biasa, tetapi sebuah momen yang benar-benar ‘hidup’ dan meninggalkan kesan mendalam.
Sementara Alpha, pula membuktikan keberanian generasi baharu dengan persembahan yang padat dan berkelas.
Selain memenangi kategori Lagu Tergempak dan Muzik Video Tergempak, mereka menggegarkan dewan dengan susunan semula lagu Bujang nyanyian asal Hael Husaini yang diberi nafas lebih segar.
Intro yang lebih ‘punchy’ dengan sentuhan arrangement kontemporari menaikkan suhu dewan, namun identiti asal lagu tetap dikekalkan.
Segmen penuh emosi turut tercipta menerusi gabungan Zaki Yamani dan Thalita yang membawakan lagu malar segar Sandarkan Pada Kenangan dan Seri Langkat.
Suasana auditorium seakan berubah menjadi ruang nostalgia apabila permata hati dua figura seni kita, Datuk Jamal Abdillah dan Allahyarhamah Siti Sarah itu tampil dengan kualiti duet yang memukau, sekali gus membangkitkan memori tersendiri.
Malah persembahan dua vokalis, Aina Abdul yang menampilkan bintang Indonesia Fadhilah Intan turut membawa impak dan auranya tersendiri.
Sebagai penutup, Dayang Nurfaizah di kelas tersendiri, sukses mengangkat semangat ‘Re Culture’ ke kemuncak paling estetika.
Membawakan lagu Nak Dara Rindu dan Ketipak Payung, pentas dihiasi visual prop kelopak bunga keemasan yang seolah-olah mekar mengiringi setiap lenggok suaranya.
Alunan muzik tradisional yang digabungkan dengan susunan moden menjadikan suasana lebih meriah dengan elemen etnik yang segar.
Dayang tampil anggun dengan aura klasik namun tetap relevan dalam produksi berskala besar.
Lenggok tradisional Dayang dilunaskan dengan jayanya, hingga satu auditorium meraikan persembahan dengan sama-sama berjoget lambak di akhir persembahan!
Di sebalik kehebatan produksi pentas, persoalan mengenai siapakah yang bakal mengungguli GMWA2025 juga sudah terjawab.
Pelakon popular, Meerqeen, dinobatkan sebagai penerima anugerah utama Gempak Most Wanted Award selepas meraih markah tertinggi hasil penilaian juri profesional dan undian peminat yang melebihi 2.33 juta.
Kemenangan tersebut menamatkan penantian empat tahun yang penuh usaha dan konsisten dalam industri.
Ia bukan sekadar trofi, tetapi simbol sokongan padu peminat yang tidak pernah goyah sejak awal kemunculannya.
Sorakan bergema, menjadi bukti pengaruhnya yang masih kuat dan relevan dalam landskap hiburan digital masa kini.
Meerqeen turut menggondol kategori Selebriti Tergempak.
Malah, kejayaannya semakin lengkap apabila drama lakonannya, Thariq Ridzuan, memenangi kategori Drama Tergempak.
1. Program Digital Tergempak
2. Digital Creator Sports Tergempak
3. Digital Creator Entertainment Tergempak
4. Digital Creator Motivation & Education Tergempak
5. Digital Creator Foodie Tergempak
6. Digital Creator Beauty & Fashion Tergempak
7. Digital Creator Lifestyle Tergempak
8. Hos Program Digital Tergempak
Secara keseluruhan, GMWA2025 membuktikan bahawa kekuatan sebenar sebuah malam anugerah terletak pada pentas yang dibina dengan jiwa, lalu dihidupkan sebagai ruang ekspresi seni yang penuh makna.
Terima kasih kepada seluruh warga kerja GMWA atas ketelitian dan sentuhan halus dalam setiap aspek daripada konsep hingga ke pelaksanaan yang begitu terjaga.
Ia bukan sekadar sebuah malam anugerah, tetapi pengalaman ‘live’ yang memperkukuh kedudukan Astro sebagai Home of Live.
Dan bagi yang ingin mengulang detik itu, GMWA2025 boleh distrim semula di Astro One serta sooka untuk dirasai getaran yang sama.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini