Pelakon dan pengacara, Janna Nick ada berkongsi satu rakaman video ketika melakukan kejutan istimewa bersempena dengan ulang tahun kelahiran kekasihnya, pelakon Dini Schatzmann yang ke-27.
Menerusi rakaman video tersebut, bekas hos rancangan Melodi itu dengan sengaja menghadiahkan sebuah kamera digital spefikasi rendah, yang mana ia difahamkan tidak seperti yang diidamkan pelakon kacukan itu.
Dalam video tersebut, Dini kelihatan ‘berpura-pura’ menyukai dengan hadiah pemberian Janna.
“I memang tak reti beli2 barang2 gadget-gadget ni. Kalau camera/phone ke apa memang dini yang akan buat research & beli.
Ads
“So on his birthday I beli camera paling low spec sebab nak surprise dia. Dia tahu camera tu low spec tapi dia terpaksa pura pura suka sebab I dah beli…
Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali mengakui berasa amat bersyukur selepas lagu Peluang Kedua nyanyianya berjaya meraih dua kali Platinum Award.
Menurut Nabila, dia menganggap penganugerahan tersebut sebagai pencapaian terbaik buat dirinya dan segala penat lelahnya dalam mempromosikan lagu disifatkan amat berbaloi.
“Alhamdulillah ini merupakan pencapaian terbaik Bella buat masa ini. Penat lelah kami satu team berbaloi dengan penjualan lagu ini. Saya juga tak sangka lagu Peluang Kedua ini dapat sambutan yang sangat menggalakkan sejak ia dilancarkan.
“Saya berharap peminat akan terus menyokong lagu baru saya yang akan keluar tidak lama lagi,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, Nabila turut berpendapat, antara faktor yang mendorong kepada kejayaan tersebut adalah hasil daripada kebijaksanaan pencipta lagu itu sendiri iaitu Heal Husaini dan MFMF kerana meghasilkan karya yang sangat berkualiti.
Katanya lagi, sebagai seorang penyanyi, dia juga sentisa memastikan lagu yang dinyanyikan itu akan dipromosi sebaik mungkin dan disukai oleh pendengar.
“Bagi saya, setiap produk yang dikeluarkan itu haruslah berkualiti dan bukan syok sendiri supaya hasilnya bukan kita sahaja suka, tetapi peminat juga suka dan boleh relate dengan lagu tersebut.
“Ini merupakan satu faktor yang sangat penting tentang kejayaan lagu Peluang Kedua dan semua lagu-lagu yang bakal dikeluarkan oleh Bella,” jelasnya lagi.
Lagu Peluang Kedua telah pun berjaya memenuhi kritiria untuk meraih pengiktirafan 2x Platinium selepas berjaya mendapat hasil sehingga RM400,000. Syarat untuk mendapat Platinum Award, lagu tersebut haruslah meraih hasil sebanyak RM200,000 terlebih dahulu.
Dalam perkembangan lain, Nabila memaklumkan dirinya bakal menerbitkan single terbarunya dalam masa terdekat.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Baru-baru ini, hangat diperkatakan di media sosial mengenai sebuah rakaman video litar tertutup (CCTV) yang memaparkan tindakan seorang guru didakwa telah mengasari pelajar asuhannya.
Memetik laporan Sinar Online, perkara itu terbongkar apabila bapa kepada kanak-kanak autisme itu memeriksa CCTV di premis berkenaan selepas menemui kesan lebam pada bahagian bahu sebelah kiri dan di kedua-dua belah mata anaknya.
Insiden tersebut nyata mengundang rasa amarah di hati ramai pihak yang kurang senang melihat cara kerja guru berkenaan.
Antara yang turut memberikan respon terhadap kejadian tersebut termasuklah pelakon dan pengarah terkenal, Dr. Ahmad Idham memandangkan dia juga mempunyai anak istimewa.
Menurut Ahmad Idham, setiap ibu bapa yang mempunyai anak istimewa haruslah bersikap lebih teliti terutamanya dalam soal pemilihan sekolah atau pusat asuhan buat anak-anak mereka.
“Bila terbaca isu ini, saya terpanggil utk memberi sedikit pandangan. Saya mohon para ibubapa yang ada anak istimewa agar pastikan pusat atau sekolah yang ingin dihantar mempunyai lesen yang sah dan guru yang bertauliah.
“Periksa dulu lesen operasi perniagaan dan sijil pentauliahan guru anak istimewa.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pelakon filem, Pencuri Hati Mr. Cinderella itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Dalam pada itu, Ahmad Idham turut memaklumkan pengalamannya mengendalikan sekolah istimewa telah banyak memberikannya pendedahan berhubung isu tersebut.
“Pengalaman saya dan isteri mengendalikan sekolah untuk anak istimewa telah banyak mendedahkan kami kepada isu isu sebegini,” tulisnya.
Sekadar informasi, anak sulung kepada Ahmad Idham, Ahmad Firdaus merupakan seorang anak istimewa yang kini telah pun berusia 21 tahun.
Malah, Ahmad Idham dan isterinya, Amy Aziz turut telah menubuhkan sebuah sekolah pendidikan khas yang diberi nama Eden Firdaus School sejak tahun 2016 lagi.
Terdahulu, guru wanita tersebut difahamkan telah ditahan oleh pihak polis pada Sabtu.
Dalam perkembangan lain, insiden berkenaan turut telah mendapat perhatian daripada Ahli Dewan Negara mewakili OKU, Senator Datuk Ras Adiba Radzi.
Beliau menyarankan supaya kerajaan menyedia dan mewajibkan latihan khusus berkaitan penjagaan anak-anak autisme kepada guru atau penjaga pusat penjagaan kanak-kanak kurang upaya (OKU).
Sumber: Instagram Ahmad Idham & Sinar Harian
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan pelakon Elyana memanjatkan rasa syukur ke hadrat Illahi kerana berat badannya kini sudah menunjukkan peningkatan sejurus menjalani rawatan kemoterepi sesi kedua baru-baru ini.
Pemilik nama lengkap Erneelya Elyana Emrizal ini mendedahkan, berat badan terkininya sudah mencecah 50 kilogram.
“From 36kg now 50kg! Alhamdulillah… Terima kasih untuk doa yang tidak pernah putus dari keluarga dan anda semua.
“Saya sayang sangat korang!,” tulisnya menerusi foto dirinya yang mengenakan persalinan rona jingga senada dengan tudung.
Malah menerusi hantaran terkininya juga, bintang berusia 34 tahun ini turut menasihatkan ramai agar tidak terlalu lama rasa ‘down’ andai berdepan dengan sesuatu ujian.
“Jangan down lama sangat, tak elok untuk kesihatan kita. Get up! Move on!
“Life is too short to regret over something.Chill and let it go okey!,” kongsi Elyana.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat turut bersetuju dengan pendirian berkenaan selain tumpang gembira dengan semangat serta penampilannya kini.
Elyana kini berjuang merawat kanser limfoma yang dihidapinya sejak 10 tahun lalu.
Dia ertama kali mendedahkan mengenai penyakit yang dihadapinya sejurus persaingannya berakhir di konsert Gegar Vaganza 4 (GV4) yang disertai.
Foto: Instagram Elyana
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Rumah tangga pelawak dan personaliti televisyen Indonesia, Boiyen, dilaporkan berdepan episod perpisahan apabila beliau memfailkan cerai terhadap suaminya, Rully Anggi Akbar, selepas hanya kira-kira...