Menghitung detik bakal diijabkabul bersama lelaki pilihan hati, Mohamad Azlan pada Sabtu, 18 Januari, penyanyi dan pelakon Elly Mazlein ada berkongsi satu foto yang mana persiapan untuk majlis malam berinai sedang dijalankan.
Bintang Kampung People itu bakal menganjurkan majlis tersebut hari ini, di sebuah lokasi di Kuala Lumpur.
“InsyaAllah esok Kak Lina akan belanja gambar bakal suami #PapaAwanNano dan juga Sephia,” tulisnya di ruangan kapsyen di Instagram.
Ads
Majlis tersebut juga boleh disaksikan peminat secara langsung menerusi saluran YouTube bintang berkenaan.
MH sebelum ini ada berkongsi mengenai perancangan Elly bersempena dengan hari bersejarahnya selain turut mengakui, tarikh pernikahan turut dipercepatkan setelah berbincang kedua belah keluarga.
Ads
Terdahulu, pasangan ini mengikat tali pertunangan 17 Disember lalu di World Trade Centre, Kuala Lumpur dengan dihadiri lebih 200 tetamu terdiri dari ahli keluarga kedua belah pihak termasuk rakan media.
Ads
Pasangan ini saling berkenalan lebih setahun lalu. Bakal suaminya yang sinonim dengan panggilan Papa Awan Nano berasal dari Kuala Krai, Kelantan dan bertugas sebagai seorang guru.
Foto: Instagram Elly Mazlein
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tidak dinafikan, penampilannya menerusi watak lelaki kampung bernama Jaafar atau ‘Jekfer’ menerusi drama rantaian komedi, Kampung People cukup ‘melekat’ di hati pencinta drama tempatan.
Selain barisan pelakon utama lainnya, nama Hun Haqeem juga disebut-sebut ramai.
Terdahulu, namanya mulai dikenali sejurus muncul menerusi sebuah lagi drama bersiri, Cari Aku Di Syurga dan kini di samping Janna Nick, Aeril Zafrel dan Mimi Lana.
Sementara itu, mengenai pengilbatannya menerusi Kampung People pula, Hun mengakui dia tidak jangka drama tersebut akan diminati ramai, pada awalnya.
“Sejujurnya saya betul-betul tak sangka drama Kampung People mendapat sambutan yang luar biasa daripada penonton.
”Teringat waktu masa mula-mula masuk dalam set penggambaran dulu, saya rasa sangat nervous kerana pertama kali berlakon dalam drama komedi.
“Kalau ditanya apakah cabaran yang paling sukar semasa di set penggambaran Kampung People, saya sebenarnya tidak menyangka bahawa cabaran paling besar adalah untuk menahan gelak.
”Korang bayangkan macam mana nak tahan gelak dengan scene-scene lucu yang ada tu, jadi itulah merupakan cabaran paling susah untuk saya berlakon bersama mereka,” jelasnya seperti yang dipetik Majalah Remaja.
Pada masa sama, bintang asal Kuala Lumpur ini juga tidak menafikan ada rasa gementae untuk memainkan peranan sebagai Jaafar, sementelah fizikalnya yang berkulit cerah.
“Pada mulanya bila pihak produksi memberi tawaran watak Jaafar ini, saya rasa agak ragu-ragu juga sebab boleh ke saya bawa watak seorang lelaki kampung?
”Namun, tugas ini saya galas dengan membuat research serba sedikit tentang cara percakapan dan tingkah laku mereka, Alhamdulillah waktu Jaafar atau Jekfer diterima baik oleh semua orang,” kata Hun optimis.
Ditanya sejauh mana penerimaan peminat terhadap watak tersebut dan drama Kampung People secara keseluruhannya, Hun akui dia ada disapa oleh segenap lapisan masyarakat.
“Susah nak cakap target audience drama ni sebab saya rasa ia bukan hanya ditonton oleh golongan perempuan, tapi kalau ada yang terjumpa saya diluar sana, ramai juga parents’ yang menegur.
”Paling tak sangka, abang Food Panda pun kenal saya sebagai Jekfer. Katanya dia pun tengok Kampung People,” jelas Hun lagi yang turut merakamkan ucapan terima kasih buat semua yang menonton.
“Saya nak ucapkan terima kasih kerana menonton dan menyokong lakonan saya, serta supportdrama Kampung People.
”Sejujurnya saya sangat bersyukur dan berterima kasih kepada semua. Korang memang awesome!,” akhirinya.
Kampung People (13 episod) yang turut dibarisi Elly Mazlein, Rashidi Ishak, Riena Diana dan ramai lagi itu sudah pun tamat dan sebelum ini, ia ditayangkan menerusi slot Lestary di TV3.
Foto: Instagram Hun Haqeem
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza ada berkongsi beberapa keping fotonya bersama satu keluarga dari Portugal, yang juga merupakan peminat setianya.
Sanggup turun ke Singapura bagi menonton persembahan penyanyi lagu Anta Permana itu di Konsert Karya Agung Pak Ngah, Siti turut menerima tetamu berkenaan untuk sama-sama isi masa dan menjamu selera di kediamannya.
“Alhamdullillah, kunjungan istimewa peminat saya dari Portugal. Jauh datangnya untuk menonton konsert #karyaagungpakngah2019 di Singapura baru-baru ini.
”Anaknya juga pandai menyanyikan lagu ciptaan arwah Pak Ngah seperti Nirmala & Kurik Kundi.
“Lagu Bukan cinta biasa & jerat percintaan pun boleh juga,” tulis Siti.
Pada masa sama, Siti yang mesra dipanggil Tok Ti ini juga merakamkan rasa terharu dengan usaha yang diberikan para peminatnya.
”Saya sangat terharu dengan usaha & minat mereka kepada lagu2 saya.. sempat saya jamu mereka dengan makanan melayu & buah durian! Suka betul mereka makan.
”Terima kasih Rui Patricio & family. Saya sangat hargai. Nanti saya kongsikan video nyanyian anaknya & aafiyah menari di youtube chanel saya ye,” maklum Tok Ti di ruangan komen.
Genap 41 tahun pada tanggal 11 Januari, Datuk Seri Siti Nurhaliza menitipkan kesyukuran di laman Instagram miliknya.
Penyanyi nombor satu Malaysia ini memanjatkan doa agar dia sentiasa menjadi hambaNya yang bersyukur dan bersujud kepada Yang Maha Esa.
“Alhamdullillah, Terima Kasih Ya Allah di atas kurniaan umurku, kesihatanku, rezekiku, suamiku, ibuku,adikberadikku,
anakku, kasih sayang orang terhadapku.
“Jadikan Aku orang yang sentiasa bersyukur & bersujud kepadaMu. Kurniakan ku keimanan yang tinggi dalam mengharungi dugaan di dunia ini….Peganglah & pimpinla hatiku Ya Allah .. Aamin ya rab..Fabi-ayyi ala-i rabbikumatukaththiban
“dan nikmat Tuhanmu yang manakah hendak kau dustakan”,” kongsi ibu kepada Siti Aafiyah ini.
Penyanyi Heyda Hafeey tidak terkilan apabila orang ramai lebih mengenali nama kumpulan Senario berbanding dirinya, menerusi lagu malar segar, Zapin Usik Mengusik.