Categories: Uncategorized

‘Belakang tu win, bang!’ – Gambar ‘-Tajul Tangkap Gambar, Background Jadi Perhatian

Share

Lama tak dengar berita mengenai Tajul ni kan? Baru-baru ini MH dengar dia tercalon untuk Anugerah Meletop Era (AME) untuk kategori Duo Meletop.

Oleh itu, bagi melepas ‘rindu’ MH pun bukalah laman Instagram Tajul atau nama sebenarnya Tajul Arif Noor Md Shari untuk lihat perkembangan terbarunya.

Namun, apa yang menarik perharian MH adalah salah satu gambar yang dimuat naiknya di laman tersebut dimana ‘background’nya mendapat perhatian netizen.

Kalau lihat kapsyen IG Tajul, dia mahukan para peminat mengundinya untuk AME akan datang tapi lain pula yang jadi.

Lucunya, rata-rata peminat mengatakan bahawa latar belakang tersebut memang ‘win’ malah ada juga yang mengambil peluang tersebut untuk bergurau dengan Tajul.

MH tak tahulah sama ada Tajul sengaja berbuat demikian atau pun memang tak perasan latar belakang gambarnya itu.

Tapi apa yang pasti, Tajul juga ada menjawab beberapa komen netizen berkenaan latar belakangnya itu.

Apa-apapun, MH terhibur dengan Tajul dan netizen. Mujur hanya latar belakang yang ‘itu’ kalau lain… tak tahulah apa jadi. Harap lepas ni Tajul berhati-hati bila bergambar ya.

Sumber: IG Tajul

IKLAN