Uncategorized

Belakang Badan Uqasha Senrose Dikritik Teruk Netizen

Share

Nampaknya sejak kes buka tudung dan sebagainya, nama Uqasha Senrose tidak pernah terlepas dari pelbagai kontroversi dan menjadi mangsa kecaman orang ramai.

Terbaru, MH terlihat gambar yang di kongsi Uqasha di akaun Instagram, ternyata makin hari Uqasha kelihatan semakin cantik!

Tak dapat dinafikan pemilik nama sebenar Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen memang memiliki pesona dan aura yang boleh membuatkan banyak mata tak dapat berhenti melihatnya.

Boleh cair dibuatnya, padanlah buah hati tak lekang memandang!

Bagaimapun, foto tersebut menerima kecaman daripada netizen apabila foto tersebut menampakkan bahagian belakang badannya.

Ruangan komen di foto tersebut dipenuhi dengan kata-kata sindiran gara-gara hanya terdapat jerawat di badannya.

Kata mereka, Uqasha bukan sahaja perlu menjaga kecantikan wajahnya tetapi seluruh badan.

Namun begitu walaupun dihujani dengan komen negatif, ada juga segelintir pengikut Uqasha yang berkata pelakon itu hanyalah manusia biasa, tak akan sentiasa sempurna.

Amboii, rajin betul ya korang zoom foto tu. Nampak sangat Uqasha ni menarik perhatian, sampai jerawat belakang badan pun mereka boleh nampak.

Sabar ye Uqasha, sudah menjadi lumrah setiap apa yang dilakukan oleh selebriti akan mendapat perhatian ramai.

IKLAN