Uncategorized

Bekas Vokalis Panji, Mohd Rafi Ibrahim Dilaporkan Meninggal Dunia

Share

Bekas vokalis kumpulan rock Panji, Mohd Rafi Ibrahim, dilaporkan meninggal dunia kira kira jam 4.10 pagi tadi. Difahamkan, Allahyarham meninggal dunia komplikasi penyakit sejak setahun lalu.

Jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Felda Jerangau, Kuala Terengganu dan makluman mengenai berita berkenaan telah diumumkan menerusi satu posting Facebook rasmi Kumpulan Panji 1993, beberapa jam lalu.

Minggu lalu, akhbar tempatan melaporkan Allahyarham dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) setelah mengalami sakit perut dan sukar bernafas.

Isterinya, Suhailiza Ahmad, 42, dipetik sebagai berkata, suaminya disahkan mengalami penyakit hepatitis C, selain menderita kencing manis, mengidap jangkitan kuman pada saluran makanan, bengkak hati dan mempunyai gastrik.

Malah, kesihatan Allahyarham sudah pun merosot dan tidak mampu bekerja sejak tiga bulan lalu.

Sumber/Foto: Sinar Harian

IKLAN