Uncategorized

“Beginilah Jahilnya Manusia Akhir Zaman Ini,”- Kenapa Zul Handy Black Luah Rasa Kecewa?

Share

Penyanyi dan pelakon, Zul Handy Black meluahkan kekecewaannya di laman Instagram apabila ada yang memberikan komen negatif terhadap dakwahnya berkaitan dengan aurat baru-baru ini.

Katanya, dia mempunyai sebab kuat untuk menjalankan dakwah sebegitu memandangkan ramai yang suka ‘memperlekehkan kebenaran’.

“ANY COMMENT??? Ni respon yang saya terima apabila kita berkata tentang AURAT. BEGINILAH JAHILNYA MANUSIA AKHIR ZAMAN NI.

 

“Camana AKU TAK KASAR???!!! Camana aku bole duduk diam saje…???!!! Mereka perlekehkan agama. Mereka perlekehkan kebenaran.

 

“Sampaikan Nabi bole isytiharkan PERANG terhadap MUSUH MUSUH ALLAH. Ada terbit rasa macam nak pijak kepala dia ni.

“Mungkin dia penah kluar jenjalan satu family bogel kot…tutup anu tu ngan daun je…kelaaasssssss. Kesian kat isteri dan anaknya.

 

“Nanti kalau dia mati dulu, aurat bini dia nanti nak tutup ngan apa pulak? (kalau AURAT tu ikut fahaman dia la) Sebab dia kata ONE CANNOT BE COMPLETE WITHOUT THE OTHER.

 

“Sudah disediakan syurga oleh Allah swt untuk umat manusia menikmatinya…tapi sayangnya, manusia itu sendiri yang ingin terjun ke dalam neraka Allah swt.

 

“DAKWAH DI MANA MANA. DAKWAH BILA BILA MASA. DAKWAH DENGAN SESIAPA.DAKWAH DALAM APA KEADAAN JUA,” tulisnya.

Semalam, Zul ada memuat naik satu kata-kata berbunyi perlian di laman Instagramnya iaitu ‘nikah dengan suami, aurat untuk orang ramai’.

Pada MH, mungkin niat Zul baik untuk menegur namun ada yang tidak boleh menerima caranya itu. Biasalah, bila berdakwah menggunakan media sosial ini, berbeza penerimaan orang ramai.

Apa-apapun, mungkin selepas ini Zul boleh mengambil pendekatan yang berbeza untuk berdakwah…mana tahu ada perubahan selepas ini?

Foto/Instagram: Zul Handy Black

IKLAN